• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako

Oleh
Nazihah AN
22 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako

Tertuduh merupakan warga Indonesia bekerja sebagai penjaga stor

Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako. Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mengganggu bekalan elektrik bagi menjalankan operasi perlombongan untuk mata wang kripto Bitcoin pada Julai lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi turut menjatuhkan hukuman penjara terhadap Diwan, penjaga stor yang berusia 25 tahun, untuk dilaksanakan mulai hari ini. Mahkamah memerintahkan tertuduh untuk dirujukkan hukuman itu ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas menjalani hukuman.

Mengikut dakwaan, lelaki itu didakwa dengan sengaja sabotaj semua pemasangan elektrik Sesco berhad sehingga boleh membahayakan nyawa dan harta benda di kawasan itu. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah lokasi di Jalan Bako di sini pada jam 12:22 tengah hari, 26 Julai lalu.

Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako
Gambar hiasan: Buletin Malaysia

Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut adalah kilang lama yang kosong.

Dipetik dari Utusan Borneo, pertuduhan itu dibuat berdasarkan Perkara 33(3) Ordinan Elektrik Sarawak, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, dengan atau tanpa denda jika disabit kesalahan.

Menurut kenyataan kes, semasa serbuan di tapak tersebut, pihak polis dan pasukan Sesco mendapati tapak itu dipercayai sedang menjalankan perlombongan Bitcoin secara haram. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut adalah kilang lama yang kosong.

Menurut semakan Sesco, aktiviti perlombongan haram ini dianggarkan telah beroperasi selama kira-kira dua bulan setengah, dan kerugian dalam tempoh ini dianggarkan lebih kurang RM110,500.

Siasatan awal juga mendapati tertuduh mula bekerja menjaga mesin lombong dari jam 8 pagi hingga 6 petang mulai awal Julai tahun ini dan membayar 1,000 ringgit sebulan. Susulan itu, beberapa barangan digunakan untuk kegiatan itu juga dirampas, antaranya adalah mesin perlombongan Bitcoin, CPU, monitor, papan kekunci, tetikus dan telefon bimbit.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilang Sejak 21 Disember 2021, Keluarga Lelaki Ini Dari Sibu Merayu Bantuan Mencarinya Hilang Sejak 21 Disember 2021, Keluarga Lelaki Ini Dari Sibu Merayu Bantuan Mencarinya
Next Article Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?