I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri

Oleh Husna Hazmi
23 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perintah kuarantin berkuatkuasa pada 22 Disember 2021.

Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri. Dilaporkan bahawa, warga Sarawak bersama pasangan serta keluarga yang tiba dari luar negara melalui Semenanjung Malaysia akan dikuarantin di ‘First Point of Entry’ di Malaysia berkuatkuasa mulai 22 Disember 2021.

Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri
Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri

Pengurusan tempat kuarantin akan diuruskan oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) menerusi kenyataan semalam, pengurusan tempat kuarantin akan diuruskan oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak.

Tempahan tempat kuarantin melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak boleh dilakukan menerusi https://sarawakdisastermc.com/eshotel (Quarantine Centre in Peninsular Malaysia). Tempahan pusat kuarantin tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hingga 10 hari bekerja sebelum berangkat ke Malaysia.

Manakala kata jawatankuasa, bagi yang bukan warga Sarawak dan termasuk pemegang pas jangka panjang (long term passes holder), mereka dikehendaki untuk dikuarantin di ‘First Point of Entry’ (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2) yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri

Baru-baru ini, 2 kes Omicron telah dikesan di dalam negeri

Baru-baru ini, 2 kes Omicron telah dikesan di dalam negeri, oleh itu JPBNS telah melakukan beberapa penambahbaikan terhadap prosedur kemasukan pelancong yang memasuki Sarawak antaranya adalah, pelancong, termasuk rakyat Malaysia serta pemegang pas jangka masa panjang yang telah ke Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi dikehendaki menjalani ujian RT-PCR dua hari sebelum mereka pergi ke Malaysia.

Mereka dikehendaki memohon kemasukan melalui EnterSarawak dan mengisi Borang Pengisytiharan e-Kesihatan (eHDF). Setelah tiba di pintu masuk pertama ke Malaysia, mereka dikehendaki mengambil ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan tanpa mengira status vaksinasi mereka. Mereka sama sekali tidak dibenarkan dikuarantin di rumah.

Bagi pelancong yang datang dari negara lain, mereka juga dikehendaki mengambil ujian swab dua hari sebelum melakukan perjalanan dari negara tersebut, memohon kemasukan melalui EnterSarawak, mengisi eHDF dan menjalani ujian swab yang lain sebaik tiba di Malaysia. Mereka perlu menjalani kuarantin 7 hari (bagi mereka yang telah menyelesaikan vaksinasi mereka) atau kuarantin 10 hari (bagi mereka yang belum selesai atau tidak divaksin) di pusat kuarantin yang ditetapkan di Point Pertama Kemasukan ke Malaysia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako Ganggu Bekalan Elektrik Lombong Kripto, Lelaki Warga Indonesia Ini Dipenjara 8 Bulan Di Bako
Next Article Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?