• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih

Oleh
ILB - AI
20 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perasaan waris mangsa MH370 terguris

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih. Sudah genap lapan tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 selepas kali terakhir menuju ke Beijing pada tahun 2014.

Sehingga kini ramai yang berkongsi teori konspirasi dari sudut pandangan berbeza bahkan ada juga yang mendakwa telah memecahkan rahsia di mana keberadaan pesawat itu.

Namun, semua pendapat itu hanyalah andaian semata-mata dan keberedaan penumpang dan juga anak kapal masih kekal misteri sehingga sekarang.

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih
Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih

Sekadar teori berpandukan Google

Tular baru-baru ini menerusi satu rakaman video waris keluarga mangsa MH370 dakwa seorang pencipta kandungan Princemeed sebar teori konspirasi yang tidak tepat sehingga memberi kesan kepada keluarga waris.

https://www.youtube.com/watch?v=2o_v4BTOeqc
Kredit: Youtube

Kau boleh nampak tak kesan apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke aku nak pujuk mak aku bagi dia tenang balik.

Waris mangsa MH370

Princemeed yang dikatakan membuat penyelidikan menerusi Google itu membuatkan emosi keluarganya terganggu lagi-lagi ibunya yang baru sahaja pulih kini kembali murung.

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih
Mangsa MH370. Kredit foto: Awani

Dia juga berasa tertekan apabila ada segelintir masyarakat di media sosial mendakwa keluarga waris MH370 itu telah mendapat duit pampasan sehingga tidak mendedahkan perkara sebenar.

Waris juga membidas kenyataan itu kerana sama sekali tidak benar dan sehingga kini mereka hidup seperti biasa tanpa kemewahan yang dikatakan.

Terdahulu, satu hantaran telah disebar luas mengatakan mangsa MH370 masih hidup dan mendakwa mereka kini tinggal di sebuah kepulauan yang dinamakan Diego Garcia.

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih
Serpihan badan pesawat yang dijumpai. Kredit foto : ExpressUK

Jika anda ingin tahu kisah misteri kehilangan pesawat MH370, boleh baca di sini:

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku
MH370 Kembali Jadi Perbualan, Netizen Dakwa Jumpa Gambar Individu Mirip Mangsa Di Diego Garcia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekumpulan Pelajar Di Indonesia Bergaduh, Salah Seorang Bawa Anak Buaya Sebagai 'Senjata' Sekumpulan Pelajar Di Indonesia Bergaduh, Salah Seorang Bawa Anak Buaya Sebagai ‘Senjata’
Next Article Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang Kawan Minta Surat Kematian Adiknya Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buat Netizen Bengang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?