• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MH370 Kembali Jadi Perbualan, Netizen Dakwa Jumpa Gambar Individu Mirip Mangsa Di Diego Garcia

Oleh
ILB - AI
3 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

MH370 di Diego Garcia?

MH370 Kembali Jadi Perbualan, Netizen Dakwa Jumpa Gambar Individu Mirip Mangsa Di Diego Garcia. Tragedi MH370 merupakan satu tragedi terburuk bagi industri penerbangan Malaysia. Sejak hari kehilangannya, banyak konspirasi dan teori-teori yang muncul kerana sehingga ke detik ini, tiada satu tanda kapal terbang serta anak kapal dan penumpang MH370 telah ditemui dan disahkan.

Baru-baru ini, isu kapal terbang MH370 kembali heboh apabila satu video daripada Youtuber Malaysia kembali tular dan menjadi perbualan netizen di laman sosial Facebook. Perkongsian video yang tular tersebut mengatakan bahawa kapal terbang MH370 berada di Diego Garcia.

MH370 Kembali Menjadi Perbualan Kerana Kemiripan Wajah Seakan Sama Dengan Mangsa MH370
MH370 Kembali Jadi Perbualan, Netizen Dakwa Jumpa Gambar Individu Mirip Mangsa Di Diego Garcia. Sumber gambar: BORNEO POST online

Sejarah kejadian MH370 yang hilang dari radar.

MH370 merupakan sebuah kapal terbang yang bersaiz besar serta canggih dan menggunakan khidmat juruterbang yang berpengalaman untuk mengemudikannya. Tetapi, ianya seperti digodam sehingga telah hilang dari radar begitu sahaja. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing ini telah hilang pada 18 Mac 2014 dengan cara yang agak misteri.

Seumpama ditelan bumi, tanpa meninggalkan satu jejak. Jika dikaitkan dengan Diego Garcia yang merupakan pangkalan tentera Amerika dan British, hal ini yang dipercayai oleh netizen bahawa kapal terbang MH370 berada di kawasan Diego Garcia kerana hanya tentera ini yang memiliki akses untuk mengodam sistem perkapalan.

MH370 Kembali Menjadi Perbualan Kerana Kemiripan Wajah Seakan Sama Dengan Mangsa MH370
Sumber gambar: THE SUN

Wajah mirip?! Adakah ini suratan atau kebetulan?

Namun, ada satu yang menarik tentang teori ini adalah tentang kemiripan wajah-wajah mereka yang berada di Diego Garcia ini dengan mangsa-mangsa yang berada di dalam kapal terbang MH370. Bukan seorang malah ada beberapa wajah yang seakan sama. Mungkin ini yang dikatakan suratan atau kebetulan?

MH370 Kembali Menjadi Perbualan Kerana Kemiripan Wajah Seakan Sama Dengan Mangsa MH370
Sumber gambar: FB Li Khalid

Salah satu yang agak ketara adalah Alejandro at the Bike Shop dimana wajah beliau seakan sama dengan salah seorang mangsa MH370 iaitu Andrew Nari yang merupakan salah seorang anak kapal MH370. Bukan itu sahaja, wajah Kapten Zaharie Ahmad Shah dan wajah juruterbang Farid Abdul Hamid turut dibandingkan dengan seseorang yang berada di Diego Garcia dan dikatakan mirip.

MH370 Kembali Menjadi Perbualan Kerana Kemiripan Wajah Seakan Sama Dengan Mangsa MH370
Sumber gambar: FB Li Khalid

Namun, ini cuma hanya teori yang kita juga tidak pasti kesahihannya sehingga kebenaran tentang keberadaan kapal terbang MH370 ini terungkai. Diharapkan tragedi ini dapat diselesaikan dan tidak menjadi tanda tanya untuk ahli keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia.

Banyak kejadian yang melibatkan industri penerbangan Malaysia dan beberapanya boleh di baca di artikel berikut:

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995
Ular ‘Naik’ Kapal Terbang! Pesawat Ke Tawau Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Di Airport Kuching
SUMBER :BORNEO POST onlineTHE SUNFB Li Khalid
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau
Next Article Gelagat Penyokong Sabah 'Mengalai' Selepas Tamat Permainan Bola Sepak Bikin Netizen Terhibur Gelagat Penyokong Sabah ‘Mengalai’ Selepas Tamat Permainan Bola Sepak Bikin Netizen Terhibur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?