Sekali dengan dua sebatan rotan
Gangguan Seksual Terhadap Murid, Guru Di Sabah Dijatuhkan Penjara 11 Tahun. Dilaporkan seorang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun serta dua sebatan rotan kerana dua kesalahan seksual terhadap dua gadis, dimana salah seorang daripada gadis terbabit merupakan murid tertuduh.
Mengaku Bersalah
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berusia 50 tahun itu setelah dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan kepadanya semalam.
Pada pertuduhan pertama, suspek dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan rotan kerana menyentuh bahagian peribadi muridnya yang berusia lapan tahun di sebuah kelas sekolah rendah di Kota Belud sekitar jam 7.30 pagi dan 8.30 pagi antara pertengahan hingga akhir Ogos 2019.
Untuk pertuduhan kedua, tertuduh menerima hukuman penjara empat tahun dan sebatan kerana menyentuh paha gadis berusia 15 tahun dan cuba menyentuh dadanya ketika mereka berada di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di Kota Belud kira-kira jam 5 petang 30 Oktober 2019.
Kedua-dua kesalahan itu berada di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Mangsa mengadu kepada ibu
Fakta kes menyatakan bahawa, pada pertuduhan pertama, mangsa yang berusia lapan tahun memberitahu ibunya, yang memandikannya, mengenai guru Bahasa Inggerisnya (tertuduh) yang menyentuh dan menekan bahagian peribadinya.
Difahamkan ini bukan kali pertama ibu mangsa mendengar aduan mangsa kerana ibu mangsa mencatat setiap kali anak perempuannya menceritakan kejadian serupa yang pernah berlaku.
Ibu mangsa kemudian pergi ke sekolah untuk berbincang dengan guru besar mengenai tindakan dan kejadian tertuduh, di mana tindak balas dari pihak sekolah adalah untuk menyiasat dan merujuknya ke Pejabat Pendidikan Daerah.
Tertuduh ditahan susulan laporan polis dibuat
Ibu mangsa membuat laporan polis pada 5 September 2019 terhadap tertuduh yang kemudian ditangkap keesokan harinya di sekolah. Siasatan mendapati bahawa kesalahan seksual terbabit berlaku sebanyak tiga kali di kelas, ketika mangsa berada di meja guru, dimana tertuduh telah mengangkat skirt mangsa untuk menyentuh bahagian peribadi mangsa.
Sementara itu, fakta untuk tuduhan kedua menyatakan bahawa tertuduh menolong rakannya, yang keretanya rosak, untuk menjemput anak perempuan rakannya di Bandar Kota Belud.
Gadis berusia 15 tahun itu menaiki kereta tertuduh setelah dia tiba dan duduk di tempat duduk penumpang depan.
Mahkamah diberitahu bahawa dalam perjalanan ke rumah remaja itu, tertuduh menyentuh paha gadis itu beberapa kali ketika dia sedang memandu dan gadis itu menolak tangannya.
Setibanya di rumah mangsa, tertuduh juga cuba menyentuh dadanya dan menciumnya tetapi mangsa berjaya berlari keluar dari kereta dan kemudian mengadu ke bapanya mengenai kejadian tersebut.
Difahamkan bapa mangsa terkejut dengan tindakan rakannya (tertuduh), yang dibebaskan dengan jaminan atas tuduhan seksual terhadap seorang murid. Some people just never change!
Tertuduh merayu hukuman ringan
Ketika di mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai enam anak dan seorang isteri yang tidak bekerja untuk disokong. Dikatakan juga empat daripada anaknya masih bersekolah dan mempunyai pinjaman, termasuk pinjaman rumah dan peribadi untuk diselesaikan pada 2030.
Timbalan Pendakwa Raya, Mas Izzaty Lokman berkata tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap murinya sendiri dan anak perempuan sahabatnya. Beliau berkata juga tertuduh, sebagai seorang guru, sepatutnya memberi perhatian, pendidikan dan teladan yang baik kepada mangsa-mangsa terbabit.
Kejadian telah memberi kesan dan menimbulkan trauma kepada mangsa-mangsa tersebut dan oleh itu, beliau mendesak pengadilan untuk menjatuhkan hukuman berat termasuk sebatan yang akan dikenakan terhadap tertuduh, ujarnya lagi.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah juga mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun atas setiap pertuduhan, setelah dia menjalani hukumannya.
Jahatnya segelintir manusia. Yang sepatutnya menjadi teladan last-last membuat jahat kepada mereka yang menganggap mereka sebagai ibu bapa kedua. Diharapkan mangsa-mangsa akan pulih daripada kejadian trauma ini, walaupun difahamkan trauma sebegini akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Yang penting, justice has been served dan semoga anak-anak kita dijauhi perkara sebegini.
Sekiranya anda diganggu secara seksual, segera mengadu kepada pihak yang dipercayai, sebagusnya buat laporan polis untuk tindakan lanjut.