• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masih Pilih Untuk Berhibur Di Pusat Hiburan Semasa PKPB, 9 Individu Ditahan Di Bintulu

Oleh
ILB - AI
30 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Penjaga premis gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan status operasi pusat berkenaan.

Masih Pilih Untuk Berhibur Di Pusat Hiburan Semasa PKPB, 9 Individu Ditahan Di Bintulu. Ingkar arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat, 9 individu  dicekup polis ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Bintulu, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Penjaga premis gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan status operasi pusat berkenaan.
  • Individu ditangkap terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita
  • Polis terdengar bunyi bising daripada sebuah pusat hiburan  
  • Baca juga kes berkaitan sebelum ini :

Menurut laporan, mereka ditangkap pada sekitar 12.05 pagi selepas satu serbuan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Masih Pilih Untuk Berhibur Di Pusat Hiburan Semasa PKPB, 9 Individu Ditahan Di Bintulu
Masih Pilih Untuk Berhibur Di Pusat Hiburan Semasa PKPB, 9 Individu Ditahan Di Bintulu

Individu ditangkap terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil risikan pasukan polis, kesemua individu terbabit yang terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berumur 19 hingga 68 tahun ditangkap.

Difahamkan juga semasa serbuan dilakukan, oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu itu, enam lelaki itu sedang leka minum minuman keras di sebuah meja, manakala tiga lagi perempuan bersembunyi di bahagian dapur pusat hiburan, ” jelasnya menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo hari ini.

Polis terdengar bunyi bising daripada sebuah pusat hiburan  

Menurut beliau lagi,
“Semasa pemantauan rutin pasukan pematuhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pasukan polis terdengar bunyi bising daripada sebuah pusat hiburan,”

Pasukan polis kemudiannya mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai polis sehingga pintu dibuka oleh seorang lelaki.

Kesemua individu yang terlibat kemudiannya dibawa ke IPD Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Individu yang dikatakan sebagai penjaga premis turut disiasat di bawah seksyen 5(2) Ordinan Hiburan 2001 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan status operasi pusat berkenaan.

Pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB)

Baca juga kes berkaitan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gangguan Seksual Terhadap Murid, Guru Di Sabah Dijatuhkan Penjara 11 Tahun Gangguan Seksual Terhadap Murid, Guru Di Sabah Dijatuhkan Penjara 11 Tahun
Next Article Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020 Suami Isteri Tinggal Negeri Berasingan Boleh Rentas Negeri Mulai 1 Jun 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?