• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
28 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Gagal patuh SOP semasa perayaan Aidilfitri membawa padah setelah seorang wanita menjadi penyumbang Kluster baharu di Sabah.

Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun, seorang wanita berusia 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada bulan Mac lepas, dikesan menjadi kes Indeks dalam Kluster baharu di Sabah.

Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah
Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah

Berpunca daripada perayaan Aidilfitri

Beliau yang juga merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata bahawa Kluster Desa Ranggu di Tawau ini berpunca daripada perayaan Aidilfitri, dan berdasarkan saringan kontak sosial mendapati sebanyak 17 lagi kes positif dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 18 kes.

“Wanita berkenaan mempunyai gejala sejak 15 Mei, kemudian disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei, hasil saringan bergejala. Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya, pada 13 Mei.

Kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga buah rumah di Taman Desa Ranggu serta rumah mertua di Kampung Jawa Tawau, sebelum dikesan positif pada 22 Mei. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat pula sedang giat dijalankan,” tambah beliau.

Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah

217 kes positif Covid-19 baharu

Di samping itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah semalam telah melaporkan sebanyak 217 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan adalah 61,274, dengan satu kematian direkodkan di Kunak.

Sementara itu, tujuh daerah di Sabah pula mencatatkan sifar kes iaitu Ranau, Tamburan, Nabawan, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Tongod.

Kita jaga kita.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Susulan PKP Sabtu Ini, Pembelian Panik Sudah Mulai Kelihatan Di Sarawak
Next Article Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?