• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan

Oleh
Nazihah AN
28 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerajaan Sabah, Kanger International menandatangani Mou bagi mendapatkan vaksin Sinopharm

Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan. Dilaporkan bahawa, Kerajaan Sabah dan Kanger International Berhad telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 jenis Sinopharm untuk penduduk negeri pada hari ini.

Isi Isi Penting
  • Kerajaan Sabah, Kanger International menandatangani Mou bagi mendapatkan vaksin Sinopharm
  • Akan meminta persetujuan NPRA
  • Langkah membendung penyebaran wabak COVID-19
  • Lagi berita menarik:

Di bawah perjanjian tersebut, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik syarikat tersebut untuk dijadikan sebagai pengedar vaksin Sinopharm untuk Sabah setelah penggunaannya diluluskan di negara ini. Sementara Kanger International akan mendapatkan vaksin tersebut untuk dibekalkan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan
Setiausaha Tetap Kementerian Kewanagan Sabah, Rusdin Riman dan Pengarah Eksekutif Kanger International, Steven Kuah menandatangani MoU

Akan meminta persetujuan NPRA

Setiausaha Tetap Kementerian Kewanagan Sabah, Rusdin Riman dan Pengarah Eksekutif Kanger International, Steven Kuah menandatangani MoU itu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

Susulan kepada pemberita selepas majlis itu, Kuah memberitahu wartawan pihaknya akan meminta persetujuan dari kerajaan melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum membawa masuk bekalan vaksin tersebut.

“Proses pendaftaran vaksin Sinopharm (dengan NPRA) telah dimulakan dan kami berharap dapat menerima berita baik kelulusan vaksin itu tidak lama lagi.”

Kerajaan Sabah Bakal Dapat Vaksin Sinopharm, Bekalan Berasingan Daripada Program Imunisasi Kebangsaan
Vaksin Sinopharm

Langkah membendung penyebaran wabak COVID-19

“Kami percaya bahawa kerjasama antara sektor awam dan swasta akan menguntungkan dan mempercepatkan usaha vaksinasi di Malaysia,” ujar beliau sambil menambah jumlah dos vaksin yang dibekalkan untuk negeri ini akan diputuskan kemudian.

Beliau juga berkata dia yakin inisiatif itu penting untuk menyokong dan melengkapkan usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok di Malaysia yang berpotensi untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

Pada masa ini, Malaysia hanyalah menggunakan tiga vaksin COVID-19 iaitu Pfizer BioNTech, Sinovac dan Oxford AstraZeneca.

Lagi berita menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Degil Nak Sambut Raya, Wanita Ini Menjadi Penyumbang Kepada Kluster Baru Di Sabah
Next Article Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?