• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu

Oleh
Husna Hazmi
21 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh menikam isterinya menggunakan gunting.

Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu. Dipetik daripada Astro Awani, seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, pada Rabu.

Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu
Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu

Mangsa yang merupakan wanita warga Filipina

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang merupakan wanita warga Filipina berusia 21 tahun mengalami kecederaan di lengan kanan sehingga terpaksa menerima tiga jahitan di Klinik Kesihatan Desa Kencana, Lahad Datu.

“Suspek berusia 25 tahun dipercayai bertindak menikam isterinya menggunakan gunting setelah permintaannya untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah tidak dipenuhi,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu

Pasangan tersebut mempunyai dua anak bersama

Jelas beliau lagi, hasil siasatan mendapati bahawa pasangan suami isteri itu telah pun mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.

“Suspek kemudian datang menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu,” jelas beliau.

Jika anda mahupun orang yang anda kenali menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan memerlukan bantuan, segera hubungi pihak berkuasa agar tindakan yang sepatutnya boleh diambil.

Lagi di sini:

1 Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis

Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis

Read full review
2 Lelaki Curi Susu Untuk Dijual Di Miri, Rupanya Rupanya Untuk Beli Dadah

Lelaki Curi Susu Untuk Dijual Di Miri, Rupanya Rupanya Untuk Beli Dadah

Read full review
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis
Next Article Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?