• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching

Oleh
Husna Hazmi
24 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Satu lagi kejayaan dalam usaha pemuliharaan Orang Utan di Sarawak!

Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching. Dilaporkan bahawa, Sarawak Forestry Corporation (SFC) meraikan satu lagi kejayaan apabila menerima kelahiran bayi orang utan baharu semalam.

Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching
Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching. Kredit gambar: Sarawak Forestry Corporation

Bayi keempat yang dilahirkan oleh orang utan bernama Analisa

SFC berkata bayi tersebut merupakan bayi keempat yang dilahirkan oleh orang utan bernama Analisa yang kini berusia 26 tahun.

Analisa datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh (SWC) bersama bayinya yang baru sahaja lahir kira-kira jam 3.06 petang pada 23 Januari.

Menurut SFC, kali terakhir Analisa datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh adalah pada 21 Januari 2022.

“Memandangkan tali pusat dilihat masih melekat pada bayi orang utan tersebut, ia mungkin dilahirkan sama ada pada 22 Januari atau semalam iaitu pada 23 Januari,” kata SFC menerusi perkongsian Facebook rasmi mereka semalam.

Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching
Kredit gambar: Sarawak Forestry Corporation

Kini sedang menunggu dua lagi kelahiran daripada orang utan

Dalam masa yang sama, Sarawak Forestry Corporation berkata bahawa pihak mereka kini sedang menunggu dua lagi kelahiran daripada orang utan yang diberi nama Selina dan Saddamiah.

“Ini merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha pemuliharaan orang utan oleh kerajaan Sarawak dan SFC,” tambahnya lagi.

Oleh itu, SFC menyeru orang ramai agar bersama-sama menunjukkan kasih sayang mereka kepada orang utan dengan menyokong usaha pemuliharaan SFC menerusi Program Anak Angkat Orang Utan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Enggan Diberi Wang Beli Dadah, Lelaki Tergamak Tikam Isteri Di Lahad Datu
Next Article Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?