• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7

Oleh
Nazihah AN
28 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7

Terdesak kesempitan wang, lelaki ini nekad menyamun wanita untuk RM26

Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7. Seorang anggota tentera mendakwa terdesak kerana tidak mempunyai wang dan bertindak untuk menyamun seorang wanita di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa, Jalan Batu 7

Isi Isi Penting
  • Terdesak kesempitan wang, lelaki ini nekad menyamun wanita untuk RM26
  • Mangsa merasa benda tajam dituju ke lehernya
  • Suspek masih bujang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau
  • Lagi di sini:

Dipetik dari Utusan Borneo, menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek yang berasal dari Melaka Berjaya ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, kira-kira jam 4 petang semalam.

Jelas beliau, suspek berusia 21 tahun itu ditahan di kaki lima sebuah farmasi, dan hasil siasatan tersebut, suspek mengaku telah melakukan jenayah tersebut di kawasan bank di Kota Sentosa. Dan bertindak untuk menyamun akibat wang perbelanjaan yang tidak mencukupi.

Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7
Sumber gambar: FB Suara Sarawak

Mangsa merasa benda tajam dituju ke lehernya

Mangsa berusia 38 tahun juga melaporkan bahawa ketika dia masuk ke dalam kereta, seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang keretanya dan mendekap lehernya.

Mangsa yang bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah di Lundu mendakwa bahawa dia turut merasakan objek tajam yang kelihatan seperti pisau lipat di lehernya. Mangsa lalu menggigit lengan suspek dan sempat membunyikan hon kereta. Namun suspek berjaya mengambil wang tunai RM26 daripada beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7
Gara-Gara Kesempitan Wang, Anggota Tentera Ini Bertindak Untuk Menyamun Wanita Di Batu 7. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Suspek masih bujang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau

Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas sepasang kasut berjenama Nike, sepasang seluar sukan berjenama Adidas, sebilah pisau pemotong kertas, beg sandang berjenama PORTER dan topeng muka hitam.

Tambah Abang Zainal, suspek masih bujang dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Selepas mendapat permohonan reman, suspek akan menjalani saringan awal air kencing.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerja-Kerja Pembaikan Dijalankan, Jalan Canna Ditutup Bermula 30 Mac Ini Sehingga 30 September Kerja-Kerja Pembaikan Dijalankan, Jalan Canna Ditutup Selama 6 Bulan Bermula 30 Mac Ini
Next Article Meraikan Kebanggaan Sarawak Dan Sabah, Carlsberg Mengeluarkan Tin Edisi Borneo Meraikan Kebanggaan Sarawak Dan Sabah, Carlsberg Mengeluarkan Tin Edisi Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?