Tin edisi khas ini memberi penghargaan kepada simbol ikonik Sarawak dan Sabah
Meraikan Kebanggaan Sarawak Dan Sabah, Carlsberg Mengeluarkan Tin Edisi Borneo. Carlsberg mempersembahkan pembungkusan edisi khas sebagai penghargaan kepada warisan yang indah, tradisi dan keajaiban alam semula jadi di Sarawak dan Sabah!

Tersedia dalam enam edisi khas
Membina kejayaan pembungkusan edisi terhad perayaan Gawai di Sarawak dan Kaamatan di Sabah pada tahun lepas, Carlsberg Smooth Draft kini mempersembahkan enam edisi khas yang direka secara artistik pada tin dan botol mereka untuk tahun ini bagi meraikan kebanggaan Sabah dan Sarawak.

Reka bentuk yang dibalut dengan sempurna pada setiap produk berperanan untuk membawa orang ramai bersama-sama bagi menghargai dan meraikan seni dan budaya yang melimpah di kepulauan Borneo yang menakjubkan.
Menampilkan enam ikon unik dalam warna-warna terang, pembungkusan ‘Sabah & Sarawak Pride’ menyerlahkan alam semula jadi tempatan yang subur dan budaya yang kaya dalam gubahan ilustrasi, mempamerkan karya seni kontemporari dan bir.
Karya seni kreatif ini menampilkan ikon seperti orangutan, gunung-gunung megah dan bunga Rafflesia di Sabah serta rumah panjang, burung enggang dan alat muzik sape’ di Sarawak.






Memberi pengiktirafan kepada budaya Borneo
Bertemakan ‘Raikan Kebanggaan Sabah & Sarawak’, kempen ini memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada budaya indah orang asli, hidupan liar yang luar biasa, dan keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan di Borneo.
Tersedia dalam Tin 320ml dan Botol 580ml, produk Carlsberg Smooth Draft yang ikonik ini dibuat secara ekslusif untuk pengguna Carlsberg di Sabah dan Sarawak. Produk edisi khas ini akan diperkenalkan dalam tiga fasa melalui promosi pengguna di seluruh Borneo dan dua reka bentuk pertama telah didedahkan pada bulan Mac, yang akan diikuti oleh dua lagi sempena perayaan Gawai dan Kaamatan yang akan datang.
Dua reka bentuk terakhir akan didedahkan pada suku terakhir tahun 2022.
“Sabah dan Sarawak kedua-duanya terkenal dengan kepelbagaian bangsa, bahasa, tradisi dan perayaan mereka, begitu juga dengan Carlsberg, jenama yang meraikan dan memberi penghormatan kepada perbezaan yang dibawa oleh penduduk tempatan dengan bangganya. Tahun lepas, tin perayaan pertama kami yang bersempena perayaan Gawai dan Kaamatan mempunyai sambutan yang begitu menakjubkan. Tahun ini, kami mahu meningkatkannya, dengan memberikan beberapa daripada ikon tempatan yang paling terkenal dalam karya seni, menggunakan produk kami sebagai kanvas.
Stefano Clini, Pengarah Urusan Carlsberg Malaysia
Pelbagai hadiah yang berpeluang untuk dimenang!
Bermula dari bulan Mac hingga akhir bulan Mei, terdapat promosi pengguna menarik yang menawarkan penggemar bir di Sabah dan Sarawak!
Anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar Samsung A22 bernilai RM899 jika anda menikmati bir Carlsberg bernilai RM90 di bar dan pub yang mengambil bahagian dalam satu resit.

Terdapat juga t-shirt edisi terhad yang terdapat dalam dua reka bentuk yang boleh ditebus di kedai kopi tempatan dan food court dengan mana-mana pembelian 12 botol besar Carlsberg Danish Pilsner atau Carlsberg Smooth Draught.

Sementara itu, pelanggan yang membeli mana-mana dua pek 6 tin Carlsberg Danish Pilsner atau Carlsberg Smooth Draft daripada pasar raya besar dan pasar raya boleh menebus Kredit GrabPay RM5. Jika anda lebih suka membeli karton, anda boleh menebus Kredit GrabPay RM10!
Membeli mana-mana dua tin Carlsberg Danish Pilsner atau Carslberg Smooth Draft di kedai serbaneka yang mengambil bahagian juga akan memberi pelanggan peluang untuk bertanding bagi mendapatkan sehingga RM88 Kredit GrabPay!
Mulakan sambutan perayaan Gawai dan Kaamatan anda awal tahun ini dengan Carlsberg Smooth tin dan botol edisi khas yang hanya tersedia di Sabah dan Sarawah sahaja.
Layari laman web rasmi Carlsberg di carlsbergsabahsarawak.com untuk maklumat lanjut mengenai promosi sedia ada dan jangan lupa untuk ‘Like’ serta ‘Follow’ @CarlsbergMY di Facebook dan Instagram untuk aktiviti dan hadiah terkini Carlsberg.
Sudah tentu, sebagai sebahagian daripada menjalani kehidupan yang selamat dan bertanggungjawab, Carlsberg sentiasa mengadvokasikan penggunaan yang bertanggungjawab. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa jika anda minum, jangan memandu. #CelebrateResponsibly.
Selain Carlsberg, I Love Borneo juga telah mengeluarkan beberapa video yang memberi pengiktirafan kepada minuman keras tradisional yang terdapat di Sarawak. Anda boleh lihat dan mengetahui tentang minuman keras tradisional Sarawak menerusi Booze Series I Love Borneo di SINI.