• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
3 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek telah menyerah diri kepada pihak polis.

Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu. Dilaporkan bahawa seorang penganggur telah menyerahkan diri kepada polis petang semalam selepas mengaku membunuh rakannya ketika sesi minum di sebuah bangunan terbiar di Jalan Camar, Sibu.

Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu
Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu

Suspek sedang minum langkau bersama rakannya

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supt Dr Collin Babat, suspek yang dipercayai berusia 50-an itu telah memaklumkan pihak polis bahawa dia dan rakannya bersama dua yang lain sedang minum ‘langkau’ (arak buatan tempatan) apabila mereka mula mengusik antara satu sama lain.

“Suspek mendakwa mangsa mahu membunuhnya, jadi dia meraih objek tumpul dan memukul kepala mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sambil menambah bahawa mangsa pula dipercayai berusia 40-an.

Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu
Kredit gambar: The Borneo Post

Mangsa ditemui mati terbaring dalam keadaan berlumuran darah

Susulan pengakuan tersebut, suspek telah membawa pihak polis ke lokasi tempat kejadian pada sekitar jam 4 petang semalam di mana mangsa ditemui mati terbaring di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah.

Di tempat kejadian, tiada kelibat dua rakan lain yang minum bersama si suspek dan juga mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Hari Ini Catat 1,357 Kes Baharu, Salah Satu Lokasi Kes Positif Dikesan Di Citrawarna
Next Article Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?