• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor

Oleh
Nazihah AN
3 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor

Ops Premis Bersih di Bahagian Bintulu

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor. Selain keenakan makanan yang disajikan oleh sebuah restoran, kebersihan juga merupakan salah satu faktor yang dititikberatkan oleh para pelanggan.

Isi Isi Penting
  • Ops Premis Bersih di Bahagian Bintulu
  • Ianya telah melanggar etika dalam penyediaan makanan.
  • Syabas kepada pihak berkuasa!
  • Lagi di sini:

Baru-baru ini telah dilaporkan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu membuat Ops Premis Bersih di beberapa kawasan di Bintulu.

Dan apa yang mengejutkan melalui satu kongsian di Facebook yang telah dimuat naik oleh akaun rasmi milik Pejabat Kebersihan Bahagian Bintulu bahawa terdapat beberapa gambar yang memaparkan keadaan dapur di salah sebuah premis yang beroperasi di Bintulu.

Ianya telah melanggar etika dalam penyediaan makanan.

Dapat dilihat melalui gambar-gambar tersebut menunjukkan barang-barang basah tersebut disimpan dalam peti sejuknya yang berkulat dan menjijikkan. Tidak hanya itu, bahan-bahan mentah turut dibiarkan terdedah di tepi singki.

Lantai premis juga dibiarkan basah dan kotor oleh pemilik restoran. Dapur yang kotor boleh menjadi sarang penyakit yang berbahaya dan jika dibiarkan tanpa pembersihan ia dapat menimbulkan bau yang kurang enak. Isu ini turut menimbulkan paranoid terhadap masyrakat yang ingin makan di mana-mana restoran.

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor
Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor. Sumber gambar : FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor
Sumber gambar : FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Syabas kepada pihak berkuasa!

Beberapa siri Ops Premis Bersih telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2022. Ianya bertujuan untuk memastikan premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik.

Turut difahamkan bahawa hasil dari pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 16 premis diarahkan tutup dan 74 notis telah dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dengan nilai kompaun berjumlah RM37,200.00.

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor
Sumber gambar : FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Bahan Mentah Dibiar Terdedah, Peti Sejuk Berkulat, 16 Premis Di Bintulu Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor
Sumber gambar : FB Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu kebersihan premis dan giat melakukan peninjauan dari premis ke premis. Netizen juga meminta Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu untuk kerap melakukan ‘spot check‘ agar isu ini tidak berulang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Mabuk Langkau, Penganggur Tergamak Bunuh Rakan Sendiri Di Sibu
Next Article Pemuda Dari Pakan Yang Tular Hadiri Temuduga Ke IPTA Dalam Hutan Akhirnya Berjaya Dapat Tawaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?