Remaja berusia 15 tahun membunuh anak saudaranya 4 tahun
Gara-Gara Minat Jeffrey Dahmer, Remaja Sanggup Bunuh Anak Saudara Dalam Mesin Basuh. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah ditemui meninggal dunia di dalam mesin basuh di rumahnya selepas dilaporkan hilang selama dua hari di Filipina.
Mangsa tersebut, Prince Grey Mondero, berusia 4 tahun didakwa telah didera oleh bapa saudaranya yang berusia 15 tahun, Patrick Sucgang.
Bau busuk datang dari bilik Sucgang
Sucgang sebenarnya dipercayai untuk mengawasi kanak-kanak itu semasa bermain bersama sepupunya di rumah mereka pada Jumaat lalu. Namun, Sucgang dilaporkan mendakwa anak saudara itu hilang dan satu laporan polis kemudian dibuat.
Dua hari kemudian, ibu Sucgang terhidu satu bau yang sangat busuk datang dari bilik Sucgang. Setelah dibuka mesin basuh di dalamnya, mereka menemui mayat Mondero.
Selepas siasatan, Sucgang dianggap sebagai dalang di sebalik kematian Mondero. Namun, kerana umur Sucgang masih muda, prosiding terpaksa ditangguhkan sehingga umur Sucgang mencecah 18 tahun.
Setelah mengaku akan kesalahannya, Sucgang kemudian dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.
Sucgang dikatakan seorang peminat pembunuh bersiri Amerika, Jeffrey Dahmer, yang pernah membunuh dan mengerat 17 mangsa lelaki antara tahun 1978 hingga 1991.
Sebelum laporan polis dibuat, Sucgang didakwa menghantar rakaman dalam platform Group Chat yang kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan diletakkan di dalam baldi. Walau bagaimanapun, dia kemudian memberitahu menyesali apa yang dilakukannya dan memadamkan mesej tersebut tidak lama kemudian.