• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Pengaruh Alkohol, Warga Emas Nyaris Tembak Polis Guna Senapang Patah Di Mukah

Oleh
Husna Hazmi
20 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Semasa pergelutan, satu das tembakan telah dilepaskan oleh suspek.

Gara-Gara Pengaruh Alkohol, Warga Emas Nyaris Tembak Polis Guna Senapang Patah Di Mukah. Dilaporkan bahawa seorang warga emas yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol cuba menembak anggota polis menggunakan senapang patah di sebuah rumah panjang di kawasan Tamin sekitar jam 2.10 petang pada Sabtu lalu.

Gara-Gara Pengaruh Alkohol, Warga Emas Nyaris Tembak Polis Guna Senapang Patah Di Mukah
Gara-Gara Pengaruh Alkohol, Warga Emas Nyaris Tembak Polis Guna Senapang Patah Di Mukah. Gambar sekadar hiasan

Suspek berusia 62 tahun pada mulanya membuat ugutan ke atas penduduk

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata, kejadian berlaku setelah polis dari Balai Polis Stapang menerima aduan suspek berusia 62 tahun pada mulanya membuat ugutan ke atas penduduk di sebuah kedai di Tamin.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis diketuai oleh Ketua Balai Polis Stapang telah bergegas ke lokasi tersebut,” kata beliau.

Namun, beliau berkata, setelah sampai ke lokasi kejadian, suspek didapati telah beredar. 20 minit kemudian, pihak polis berjaya mengesan suspek di sebuah rumah panjang berdekatan

Di rumah panjang berkenaan, DSP Saga Chunggat berkata suspek kelihatan duduk di tangga rumah panjang sambil menyandang selaras senapang patah di bahunya dan tidak lama kemudian suspek mencabar dua anggota polis dengan mengacu senapang patah ke arah mereka dan memasukkan peluru ke dalam senapang tersebut.

Gara-Gara Pengaruh Alkohol, Warga Emas Nyaris Tembak Polis Guna Senapang Patah Di Mukah
Gambar sekadar hiasan

Tindakan pantas seorang lagi anggota polis

Jelas beliau lagi, tindakan pantas seorang lagi anggota polis yang naik ke rumah panjang berkenaan menggunakan tangga lain berjaya mendekati suspek dan cuba merampas senapang patah tersebut.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis manakala senapang turut terlepas satu das letupan ketika pergelutan.

“Bagaimanapun, tembakan itu tidak mengenai sesiapa,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, suspek kemudiannya berjaya diberkas dengan bantuan dua lagi anggota polis.

“Saya sangat bangga dengan tindakan dan keberanian tiga anggota polis tersebut,” ujar Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat lagi.

Difahamkan ketiga-tiga anggota polis tersebut telah dibekalkan dengan sepucuk pistol semi-auto yang boleh digunakan untuk tujuan mempertahankan diri, namun mereka memutuskan untuk menggunakan teknik asas mempertahankan diri untuk mengendalikan suspek.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat untuk siasatan lanjut dan senapang patah telah turut dirampas. Kes disiasat di bawah Sekayen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 38 Anta Senjata Api 1960.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Kes Omicron Dikesan Dalam Negeri, JPBNS Kemas Kini Prosedur Enter Sarawak 2 Kes Omicron Dikesan Dalam Negeri, JPBNS Kemas Kini Prosedur Enter Sarawak
Next Article Penjual Tempatan Terjejas Akibat Banjir, Shopee Minta Maaf Atas Kelewatan Penghantaran 'Parcel' Penjual Tempatan Terjejas Akibat Banjir, Shopee Minta Maaf Atas Kelewatan Penghantaran ‘Parcel’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?