• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching

Dibelasah oleh bapa kepada pasangan mangsa.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching. Bapa mana yang tidak berang apabila anak gadisnya dipermalukan sedemikian rupa. Begitu lah kasih seorang bapa terhadap anaknya.

Isi Isi Penting
  • Dibelasah oleh bapa kepada pasangan mangsa.
  • Suspek dipercayai berbangsa Cina ditahan dan direman.
  • Rentetan kejadian dan respon netizen.
  • “Link please”

Seorang remaja berusia 18 tahun bernama Phang Di Ran telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak. Mangsa mengalami kecederaan parah apabila telah dibelasah oleh bapa pasangannya atas alasan mangsa telah menyebarkan video lucah pasangannya.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching
Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching. Sumber gambar: FB Abin YG Leong

Suspek dipercayai berbangsa Cina ditahan dan direman.

Menurut kenyataan pihak polis daerah Kuching, pihak mereka telah menerima laporan tentang kejadian ini dimana suspek berbangsa Cina telah membelasah remaja 18 tahun ini di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Jugah, Kuching. Salah seorang suspek yang berusia 43 tahun ini adalah bapa kepada mangsa perempuan yang videonya telah disebarkan.

2 orang suspek, bapa perempuan dan kenalannya yang berusia 50 tahun telah ditahan oleh pasukan polis cawangan siasatan jenayah D9 IPD Kuching dan telah dihadapkan ke hadapan majistret. Permohonan tahanan reman selama 7 hari telah diluluskan bagi membantu siasatan. Jika disabitkan kesalahan, maka mereka berdua akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 302 kerana kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching
Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching. Sumber gambar: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching

Rentetan kejadian dan respon netizen.

Rentetan dari kejadian seorang bapa yang sanggup membelasah teman lelaki anaknya sehingga mengalami kecederaan parah ini mendapat respon yang mengejutkan dari warga netizen.

Sesetengah netizen mengganggap bahawa tindakan bapa perempuan tersebut adalah tindakan yang wajar apabila anaknya dipermalukan sedemikian rupa. Walaupun hakikatnya, tindakannya boleh mengakibatkan dirinya terjerat dengan hukuman gantung sampai mati kerana mangsa yang dibelasahnya telah meninggal dunia.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching
Sumber gambar: FB RedParrot

“Link please”

Namun, dari penyebaran video ini juga, ada satu situasi yang kurang enak turut berlaku. Dimana video tersebut telah banyak tersebar di media sosial terutamanya dikatakan heboh di platform Whatsapp.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching
Sumber gambar: FB Kamek Miak Sarawak

Kita sedia maklum bahawa penyebaran video lucah tersebut adalah satu jenayah. Tapi, mengapa ada segelintir pihak dengan tiada rasa malu memberi respon dengan meminta perkongsian link video tersebut secara terang-terangan.

Gara-Gara Sebar Video Lucah, Seorang Remaja Maut Di Belasah Di Kuching
Sumber gambar: FB Kamek Miak Sarawak

Mungkin hanya sekadar lelucon tetapi ini mungkin juga akan mengakibatkan trauma berpanjangan kepada mangsa perempuan. Oleh itu, dari kejadian ini kita boleh ambil iktibar bahawa kita perlu menjaga batas pergaulan masing-masing sebelum terjadi sesuatu yang diluar jangkauan.

Untuk cerita lain yang berlaku di Borneo, boleh baca beberapa artikel seperti:

SUMBER :Abin YG LeongIbu Pejabat Polis Daerah KuchingRedParrotKamek Miak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Jenis Darah Ganjil Selain Darah ABO Yang Dimiliki Oleh Penduduk Malaysia
Next Article [VIDEO] Gelagat 'Angkasawan' Sabahan Jejak Kaki Di Bulan Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi [VIDEO] Gelagat ‘Angkasawan’ Jejak Kaki Di Jalan Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?