‘Al-kisah Dester Blue 2 tin…’
Gara-Gara Tak Dapat ‘Claim’ 2 Tin Bir, Review Negatif Lelaki Ini Terhadap Satu Bar Di Kuching Raih Perhatian. Jika anda minum minuman keras, anda mungkin biasa dengan sistem di mana jika anda tidak menghabiskan minuman anda semasa sesi minum anda, anda boleh menuntut minuman anda pada kali seterusnya anda pergi ke bar itu.
Namun, sepasang bf dan gf meninggalkan review negatif di Facebook tentang sebuah bar terkenal di Kuching dan mengadu mereka tidak puas dengan customer service bar tersebut apabila tidak dapat menuntut 2 tin bir mereka. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan bar menjelaskan sebaliknya dan turut menarik perhatian netizen.
‘Servis pelanggan tidak memuaskan, baki bir tak dapat dituntut,’
Semuanya bermula apabila sebuah bar terkenal di Kuching berkongsi kejadian itu di laman Facebook mereka, menunjukkan tangkapan skrin ulasan Facebook yang ditinggalkan pelanggan berkenaan.
Menurut pelanggan tersebut, pelanggan itu tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat menuntut baki 2 bir mereka pada kali kedua mereka pergi ke bar terbabit dan mengadu bahawa kakitangan bar bertindak kasar terhadap mereka.
Namun, bos bar itu tampil di Facebook untuk menerangkan keadaan sebenar. Menurut beliau, ketika pasangan itu datang untuk menuntut minuman mereka, kakitangan mereka menyedari dua tin bir itu sudah dituntut sebelum ini dan memaklumkan perkara itu kepada pasangan terbabit.
Semasa pasangan itu beredar dari situ, kakitangan yang melayan mereka memberitahu si bos (yang duduk di luar semasa kejadian) tentang pasangan itu tidak berpuas hati kerana bir mereka telah dituntut. Apabila si gf itu mendengar mereka, wanita itu datang kepada kakitangan tersebut dan menjerit kepadanya.
Marah kerana kakitangannya dilayan kasar, si bos menyuruh wanita itu bercakap dengan beliau. Namun, wanita itu terus menghempas meja dan menyatakan bahawa birnya sudah dituntut.
Sudah tunjuk bukti rekod bir sudah dituntut sebelum ini tetapi masih tidak berpuas hati
Selepas menjelaskan kepada wanita itu bahawa bir mereka telah dituntut (dan menunjukkan rekod baki pelanggan sebagai bukti), nampaknya ia tidak mencukupi untuk memuaskan kemarahan wanita itu.
Bos itu kemudian menjelaskan beliau telah menawarkan untuk memberi mereka dua tin Dester Blue percuma (bir yang pada mulanya ingin dituntut oleh pasangan itu) dan wanita itu meminta maaf.
Pada masa ini, teman lelaki wanita itu datang semula selepas mendapatkan kereta mereka dan si bos menawarkan minuman pampasan terbabit kepada mereka tetapi lelaki itu menolak dengan sopan, sebelum meninggalkan bar bersama teman wanitanya.
Namun, bos tersebut terkejut bahawa kemudiannya, lelaki berkenaan telah meninggalkan review negatif di halaman Facebook bar terbabit – mendorongnya untuk menerangkan kisah sebenar situasi itu.
‘Kesiannya, betul2 berharga dua tin itu. Dapat minum sehingga tahun depan mungkin,’ – netizen
Rata-rata netizen terhibur membaca penjelasan bos bar terbabit, dengan ramai menyatakan pasangan itu terlalu terdesak untuk menuntut dua tin bir tersebut.
Ramai yang mengejek pasangan itu kerana terlalu ‘berkira’ dan tidak mampu untuk membeli minuman baru. Antaranya seperti:
