Producer & penyanyi tempatan itu bertindak untuk membuat laporan polis susulan teguran tersebut
Netizen Tegur Suara Perlu ‘Polish’, Tindakan Penyanyi & Producer Tempatan Ini Mahu Saman Raih Perhatian. Sebagai artis kreatif, mereka perlu bersedia untuk menerima kritikan sebaik sahaja mereka memilih untuk menerbitkan karya kreatif mereka online dan menggunakan ini sebagai cara untuk memperbaiki kraf mereka.
Namun, seorang penyanyi dan producer tempatan mengambil perhatian netizen apabila mereka membuat keputusan untuk membuat laporan polis berhubung komen kritikan yang ditinggalkan seorang netizen, menyebabkan ramai berasa keliru dengan situasi tersebut.
Penyanyi tempatan mengeluarkan lagu, menerima ‘review’ bercampur-campur
Baru-baru ini, seorang penyanyi Iban tempatan mengeluarkan sebuah lagu yang mendapat review bercampur baur daripada netizen.
Menerusi tinjauan pada ruangan komen di video lagu itu di YouTube, ada yang menunjukkan sokongan kepada penyanyi itu, manakala ada juga yang mengkritik vokal penyanyi berkenaan dan menawarkan nasihat kepada penyanyi tersebut untuk mengambil kelas vokal.

Lagu ni bagus. Tapi satu sahaja saya nak nasihat, lebihkan lagi belajar vokal. Vokal perlu banyak dibelajar kalau nak lagu tu sedap didengar. Bukan nak marah, tapi cuma nak kata benda yang jujur,”
Ambil tindakan polis terhadap satu kritikan
Di kalangan komen-komen bercampur baur, kritikan seorang netizen nampaknya menarik perhatian producer dan penyanyi itu, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen tersebut.
Komen asal netizen itu turut mendapat perhatian daripada netizen lain selepas komen terbabit ditegur oleh penerbit dan penyanyi itu.
Harap2 (producer) baca komen saya. Jangan rosakkan industri muzik Iban. Jika betul2 nak (penyanyi) ini berlagu, hantar dia ke kelas vokal. Sekurang-kurangnya dapat ambil pengalaman dari sana. Tak juga diketawakan oleh orang lain lain kali. Saya hanya bagi pendapat sebagai pendengar lagu sahaja.”
Komen spesifik ini mendorong producer dan penyanyi tersebut untuk mengambil tindakan undang-undang, kerana mereka percaya bahawa komen itu mempunyai niat jahat.
Dalam posting yang sudah dipadam oleh kedua-dua penyanyi dan penerbit, mereka memutuskan untuk masing-masing membuat laporan polis demi ‘keselamatan’ dan percaya mereka telah ‘dibuli siber’ oleh netizen.
Belajar guna media sosial dengan baik. Komen tidak salah tapi jangan keterlaluan dan nampak sangat mintak perhatian orang. Saya bagi masa 24 jam. Kepada (netizen tersebut), lebih baik kamu minta maaf atas cubaan mencemarkan nama syarikat. Laporan polis dan laporan SKMM sudah dibuat. Tindakan seterusnya adalah tindakan undang-undang.”
Netizen keliru dengan tindakan producer dan penyanyi terbabit
Rata-rata netizen berasa keliru melihat tindakan yang diambil producer dan penyanyi itu kerana mereka percaya bahawa komen spesifik yang mereka ambil tindakan terhadap hanyalah kritikan yang membina.
Disebabkan terdapat banyak komen yang sama, netizen keliru mengapa komen tertentu itu diberi perhatian. Kebanyakan netizen juga mengulas bahawa penyanyi dan producer itu harus belajar menerima kritikan dan memperbaiki kekurangan yang ditegur.
Bagus cadangan ini. Satu sahaja pendapat saya, (penyanyi itu) patut masuk kelas vokal, untuk kebaikan sendiri dalam industri muzik, lagipun dia sudah memilih untuk menjadi penyanyi. Yang mengecam macam tak dapat terima kenyataan. Macam mana bidang muzik Iban nak maju kalau tak dapat terima kritikan dan cadangan orang?”
Namun, sebilangan netizen juga seolah-olah mengecam netizen itu kerana mereka menganggap komennya agak unnecessary.
Membaca lebih lanjut pada ruangan komen posting kritikan netizen terbabit, beberapa netizen menegaskan ada cara lain untuk memberikan kritikan.
Cuba lah bagi kata semangat atau tak mengatakan perkara yang merendahkan bakat orang. Lagi pun, (penyanyi itu) orang baru dalam industri berlagu. Banyak kelemahan dia kita bagi je kata2 semangat, jangan terus kata suara dia umpama menelan buah maram. Kesian tengok dia baru je cuba menjinak dalam industri berlagu. Semua penyanyi yang sudah terkenal pun bukan mereka terus suara merdu pada permulaan kerjaya mereka. Mereka pun ada kelemahan diri sendiri. Apa2 pun, semoga (penyanyi itu) terus kuat menghadapi ujian di dunia artis. Tuhan memberkati.”
Pada masa penulisan, posting asal penyanyi dan penerbit itu yang menyatakan bahawa mereka telah membuat laporan polis terhadap netizen tersebut telah dipadamkan.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Komen pendapat anda di bawah.
