• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gempa Bumi Lemah Gegar Tawau Awal Pagi Tadi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Farisha
5 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Gemba bumi berukuran 2.7 magnitud berlaku di Tawau pagi tadi

Awal pagi tadi, penduduk Tawau dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2.7 magnitud yang berlaku sekitar jam 4.54 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat di 4.5 darjah Utara dan 118.1 darjah Timur dengan kedalaman 10km. Lokasinya dianggarkan 17km ke utara Tawau.

Gempa Bumi Lemah Gegar Tawau Awal Pagi Tadi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Gempa Bumi Lemah Gegar Tawau Awal Pagi Tadi, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Gegaran dirasai penduduk

Dalam kenyataan di Facebook, MetMalaysia mengesahkan bahawa gegaran akibat gempa ini dirasai di kawasan sekitar Tawau. Walaupun magnitudnya kecil, ramai penduduk melaporkan rasa gegaran tersebut, terutamanya mereka yang tinggal di bangunan tinggi.

Kalau anda salah seorang yang merasakan gegaran ini, MetMalaysia ingin mendengar pengalaman anda. Anda boleh membantu mereka dengan mengisi borang soal selidik di pautan ini.

Bukan kali pertama

Ini bukan kali pertama kawasan Tawau dilanda gempa bumi kecil. Kali terakhir kawasan ini digegarkan adalah pada 27 September lalu pada jam 2.53 petang, dengan kekuatan yang sama iaitu 2.7 magnitud, terletak 19km dari Tawau.

Apa yang perlu anda lakukan?

Gempa bumi lemah seperti ini biasanya tidak menyebabkan kerosakan besar, tetapi ia tetap satu peringatan tentang pentingnya kita bersedia menghadapi kemungkinan gempa bumi yang lebih besar.

Jadi, sentiasa pastikan:

  • Anda tahu di mana lokasi tempat perlindungan terdekat.
  • Anda simpan kit kecemasan termasuk lampu suluh, makanan tahan lama, dan ubat-ubatan.
  • Anda ikuti perkembangan terkini dari MetMalaysia untuk sebarang amaran atau maklumat lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

TERKINI: Gempa Bumi 3.9 Skala Richter Gegar Perairan Tawau Sabah
[TERKINI] Gempa Bumi Di Mindanao, Situasi Cemas Gegaran Dirasai Di Sabah
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Rasmi Buka Laluan Kota Kinabalu Ke Ho Chi Minh AirAsia Rasmi Buka Laluan Kota Kinabalu Ke Ho Chi Minh
Next Article Suspek Terakhir Dari Sarawak Tumpas Dalam Insiden Berbalas Tembakan Di Penampang Suspek Terakhir Dari Sarawak Tumpas Dalam Insiden Berbalas Tembakan Di Penampang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?