• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

GEMPAR: Wanita Positif COVID-19 Melarikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching Kini Diburu Polis

Oleh
Nazihah AN
7 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Masih Mengesan Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching

Pesakit COVID-19 larikan diri dari pusat kuarantin di Kuching.

GEMPAR: Wanita Positif COVID-19 Melarikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching Kini Diburu Polis. Dilaporkan bahawa, polis kini sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Jalan Puncak Borneo.

Timbalan Ketua Polis Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.50 pagi semalam dan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

GEMPAR: Wanita Positif COVID-19 Melarikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching Kini Diburu Polis

Suspek merupakan bekas banduan yang baru keluar dari penjara dan diarahkan kuarantin

Pesakit terbabit, Rozila Mohd Jaya, berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Semariang dipercayai meloloskan diri dari pusat kuarantin tersebut dengan memanjat pagar blok pusat kuarantin. Suspek dikehendaki untuk menjalani perintah kuarantin selama 2 minggu bermula semalam.

Rozila disedari hilang oleh petugas kesihatan di pusat kuarantin tersebut semasa membuat pemeriksaan pesakit.

DSP Lim turut mengesahkan bahawa wanita ini adalah bekas banduan yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 3 bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah di Penjara Puncak Borneo. Suspek bakal berdepan hukuman penjara semula di bawah kesalahan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Operasi untuk mengesannya melibatkan anggota Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan dan sehingga kini masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa untuk menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Menyamar Sebagai Doktor Sebanyak 32 Kali Di Hospital Umum Sarawak, Pemuda Ini Akhirnya Diberkas
Next Article Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?