I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King

Oleh Nur Afifah 7 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Nak tahu rasa dia macam mana? Baca sampai habis.

Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King. Pada pandangan pertama, menu terbaharu yang dipromosikan oleh Burger King ini nampak janggal dan pelik. Tidak pernah dibuat orang sebuah menu burger diletakkan sos coklat dengan kepingan daging lembu dan ayam. Namun, Burger King telah merealisasikan idea pelik ini.

Menu janggal Burger King ini kemudiannya telah tular di Malaysia dan semua orang tertarik untuk merasai kombinasi aneh sos coklat, kepingan daging burger, dan keju, termasuklah kami di I Love Borneo.

Boleh pilih patty ayam atau daging

Menerusi aplikasi Grab, burger ini ditawarkan dalam beberapa variasi saiz dan jenis kepingan. Ada dua jenis kepingan daging yang ditawarkan iaitu dengan daging lembu bersama kepingan bacon lembu dan kpeingan patty ayam. Anda juga boleh memilih untuk menikmati hidangan ini secara ala carte atau set dan didatangkan sekali dengan French fries, onion ring dan air minuman.

Menu ini boleh didapati dengan harga serendah RM 17.90 sehingga RM 25.71.

Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King

Review jujur kami?

Pada asalnya, kami skeptikal dengan kombinasi yang tampak tidak padan ini. Kami menjangkakan bahawa rasanya bakal menjadi suatu kegagalan buat Burger King. Sebaliknya, rasa burger ini sebenarnya boleh tahan sedap dan menarik. Sos coklat yang manis yang bertembung dengan rasa smoky kepingan daging anehnya menghasilkan kombinasi yang cun dan mengena di tekak.

Kombinasi unik ini tidak menghilangkan identiti rasa sesebuah burger dan anda masih merasa seperti memakan sebuah burger walaupun sosnya diganti dengan sesuatu yang asing dalam gastronomi burger iaitu sos coklat.

Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King

Pendek kata, menu terbaharu dari Burger King ini tidak begitu mengecewakan sebagaimana anda mendengar kombinasi pelik yang lain seperti burger boba, ais krim nasi lemak dan sebagainya. Namun, pengalaman ini cukup memadai untuk anda rasai sekali dan dijamin anda tidak akan rasa begitu membazir membelanjakan wang anda untuk sebuah hidangan unik seperti ini.

Perkara ini juga diakui oleh netizen dalam sebuah kumpulan Facebook, Kuching Makan Mana. Menerusi perkongsian Hazim Shahidan, beliau memberi rating 6 daripada 10 untuk burger Chocolate Melt Burger King ini. Beliau mengakui berasa terkesima selepas gigitan pertama kerana tidak menjangka rasanya menjangkau jangkaan skeptikalnya.

“Rasa masin kepingan daging, bacon dan keju sebenarnya melengkapkan rasa manis dari sos coklat. Itulah yang memberikan keseimbangan antara rasa masin dan manis burger ini,”

Hazim Shahidan via FB Kuching Makan Mana
Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Sumber : Hazim Shahidan via FB Kuching Makan Mana
Sedap Ke? Ini Review Jujur Kami Tentang Burger Sos Coklat Viral Burger King
Sumber : Hazim Shahidan via FB Kuching Makan Mana

Burger King juga boleh menarik nafas lega kerana strateginya kali ini yang memperkenalkan menu luar dari kotak berjaya dan tular dalam kalangan pengguna. Tidak hairanlah jika cawangan Burger King di Kuching ditutup buat sementara waktu apabila menjelang waktu tengah hari di aplikasi Grab.

Secara keseluruhannya, kami bersetuju dengan rating Hazim iaitu 6/10 untuk Burger Chocolate Melt Burger King ini. Satu menu yang berani dari Burger King dan yang penting, tidak ‘scam’ pelanggan.

Percaya tak kalau kami kata bahawa Miri adalah syurga burger homemade di Sarawak? Boleh usha artikel ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Masih Mengesan Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching GEMPAR: Wanita Positif COVID-19 Melarikan Diri Dari Pusat Kuarantin Kuching Kini Diburu Polis
Next Article Membesar Menggunakan Tupperware? Ini 5 Perkara Tentang Tupperware Anda Mungkin Tak Tahu Membesar Menggunakan Tupperware? Ini 5 Perkara Tentang Tupperware Anda Mungkin Tak Tahu

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?