Nak support member tapi macam ni pula…
Geng Penapis Udara Tak Bekerjasama, Netizen Marah Tak Dapat Batal Pemilikan Unit Mereka. Apabila kita mempunyai rakan atau keluarga yang bekerja dalam industri perkhidmatan yang memerlukan mereka menjual barang, kita akan cuba menyokong dengan membeli produk jika mampu.
Namun, baru-baru ini seorang netizen tampil ke Facebook untuk menyatakan kemarahan mereka kerana tidak diberikan sokongan yang sama apabila dia meminta agar pemilikannya ke atas penapis udara ditamatkan tetapi permintaannya tidak ditunaikan selama lebih setahun.

“Ejen kata lain, customer service lepas tangan,” – netizen
Perkongsian tersebut dikongsi oleh individu ini baru-baru ini. Menurutnya, dia telah cuba untuk menamatkan pemilikannya ke atas unit penapis udara sejak tahun lepas kerana tidak bekerja lagi – bermakna dia tidak mampu membayar ansuran bulanan yang biasanya datang dengan pembelian atau penyewaan unit.
Walaupun telah meminta pembatalan pemilikan ke atas unit terbabit lebih setahun yang lalu, nampaknya masih belum ada sebarang kemajuan.

Dia kemudian meluahkan kekecewaannya tentang bagaimana dia dilayan sebagai pelanggan apabila dia diberi maklumat yang berbeza-beza dari ejen dan customer service pula melepas tangan ke atas perkara tersebut.
Berdasarkan perkongsiannya, ia diandaikan dia mendapat unitnya daripada rakan yang bekerja sebagai ejen dan sejak itu menyatakan bahawa dia sudah tawar hati untuk menyokong perkhidmatan rakannya lagi.

Aku jarang sangat nak membebel. Tetapi kes geng2 jual mesin penapis udara ni kan, apabila kita nak minta tukar pemilikan (unit) sebab aku dah tak kerja. Kes dari tahun lepas sehingga sekarang belum lagi selesai. Nanti korang marah perkhidmatan orang kerja kerjaan, korang pun sama juga. Langsung takde kemajuan. Ejen kata lain, perkhidmatan pelanggan lepas tangan, codi diorang bagi harapan palsu. Maaf, aku dah tawar hati dah nak sokong kawan dah.”
“Dulu bukan main lagi nak promote kat kita,” – netizen
Tinjauan pada ruangan komen mendapati ramai orang berkongsi perasaan yang sama. Kebanyakan daripada mereka turut meluah perasaan tawar hati masing-masing dan kekecewaan terhadap segelintir rakan yang bekerja sebagai ejen.
Antaranya seperti:

Memang macam tu diorang ni. Malas nak cakap banyak. Servis selepas jualan langsung takde. Nak sokong kawan, kita pula yang susah kemudian. Bukan awak sorang je kena. Saya sama juga.”

Saya ada dua penapis air nak dibatalkan ni. Dekat nak raya dah ni, muka diorang cody datang buat penyenggaraan pun langsung takde. Tanya manager untuk follow-up, takde beza langsung. Rasanya saya ni perlu kembali memanaskan air je lah.”

Betul kata awak. Saya hari tu kes penapis air dan katil, lemah saya nak cerita. Masa promote bukan main manis mulut. Apabila ada masalah, sorang tunggu sorang nak pergi tengok.”

Ni memang betul. Lagi pun, barang tu tak dipakai langsung. Tak tahu kenapa masa diorang berjual saya pun terikut juga nak beli. Masa tu tengah cari portable aircond untuk baby, saya singgah lah tengok di booth mereka apa yang dijual. Saya tanya, ‘sejuk ke angin?’, diorang pun jawab ‘sejuk!’ Memang lah sejuk sebab berkipas dalam aircond mall. Lepas tu tak kena layan apabila saya kata tak dapat bayar lagi. Terus hantar surat peguam, sebab nama dah masuk CCRISCTOS.”

Sama kes. Bertahun nak tukar nama sebab tak bekerja lai tapi tiada respon langsung sehingga tertunggak. Malas aku nak layan lagi. Part nak pasang laju je, nak tukar hak milik makan bertahun. Nak tarik tak juga tarik. Sengaja bagi orang berhutang je.”
Tak best lah kalau buat member macam ni. Kesian pula tengok diorang susah sangat nak minta tolong dari member yang mereka pernah sokong sebelum ni.
Jika awak bekerja sebagai ejen, harap perkongsian ini dapat menunjuk realiti yang dihadapi para pelanggan. “Give back the same energy they gave you,” kata orang putih. Mereka pun dah memudahkan awak sebelum ni, jadi tolonglah memudahkan urusan mereka juga.