• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya

Oleh
ILB - AI
9 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya

Ketahui beza agar anda dapat membuat keputusan yang sesuai bagi anda

Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya. Kini, semakin ramai orang membeli penapis air untuk kediaman mereka. Di antara banyak jenama di luar sana, dua jenama terkenal yang sentiasa dilihat ialah Cuckoo dan Coway. Walaupun serupa, tahukah anda bahawa kedua-dua jenama ini sebenarnya mempunyai cara yang berbeza untuk menapis air yang anda minum?

Jika anda berminat untuk mendapatkan penapis air untuk rumah anda tetapi anda tidak pasti jenama yang mana untuk dipilih, pengguna Twitter ini mempunyai maklumat yang boleh membantu anda!

Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya

Tampil membantu mereka yang baru mencari

Pengguna Twitter, @acaiijawe atau Faisal Rahim, berkongsi menerusi akaun peribadinya tentang perbezaan Cuckoo dan Coway agar maklumat yang dikongsinya boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang mahu membeli penapis air.

COWAY vs CUCKOO Water Filter.

Tahun 2022 ni aku baru nak guna water filter berbayar. Jadi lepas survey dan jumpa ejen, aku nak kongsi beza kedua2 brand ni.

Mungkin membantu bagi yang baru cari.

Kalau tanya ejen, mereka pasti bagitau produk mereka yang terbaik.

Thread. pic.twitter.com/UKG92oK8Vu

— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 18, 2022

Dalam perkongsian beliau, beliau menyentuh tentang 7 perkara iaitu:

  1. Teknologi
  2. Produk
  3. Perkhidmatan
  4. Harga semasa
  5. Konsep menyewa atau membeli
  6. Saiz
  7. Jenama lain selain Coway dan Cuckoo
1

TEKNOLOGI

Menurut Faisal, teknologi yang digunakan oleh Coway untuk menapiskan air adalah ‘Reverse Osmosis’ (RO) dan menggunakan penapis membrane untuk mendapatkan air. Untuk pengetahuan anda juga, penapis air jenama ini ada air ‘wastage’. Bagi Cuckoo pula, penapis air mereka menghasilkan air jenis ‘mild-alkaline’ dan menggunakan ‘Nano Positive Filer + Electrolysis Sterilisation’ yang bermakna penapis air ini tidak ada air ‘wastage’. Oleh itu, tahap pH Coway adalah antara 6.5 – 7.5, manakala tahap pH Cuckoo adalah 7 – 8. Perkara ini menyebabkan perisa air anda mempunyai beza yang ketara.
Kredit gambar: Cuckoo
Kredit gambar: Coway Malaysia
2

PRODUK

Pada setakat ini, Coway mempunyai 10 model penapis air manakala Cuckoo mempunyai 12 model, masing-masing mempunyai saiz yang berbeza. Bagi pendapat peribadi Faisal, beliau berpendapat bahawa reka bentuk produk keluaran Cuckoo adalah lebih cantik.
Produk keluaran Coway.
Antara produk keluaran Cuckoo.
3

PERKHIDMATAN

Berbanding dengan Cuckoo, Coway memerlukan lebih banyak servis kerana penggunaan teknologi RO. Tambah Faisal lagi, petugas penyelenggaraan Coway akan datang sekali dalam dua bulan manakala petugas penyelenggaraan Cuckoo hanya akan datang sekali dalam 4 bulan. Beliau berpendapat bahawa Cuckoo adalah lebih mudah jika anda tidak mahu kerap menunggu pihak penyelenggaraan datang ke rumah untuk membuat penyelenggaraan terhadap penapis air anda.
Coway menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan sekali dua bulan.
Cuckoo menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan sekali 4 bulan. Kredit gambar: Cuckoo
4

HARGA SEMASA

Untuk tahun 2022, Faisal berkongsi bahawa harga Coway bermula dari RM65 hingga RM190 untuk satu bulan. Manakala, harga Cuckoo bermula dari RM60 hingga RM160 untuk satu bulan. Kebiasaannya, Cuckoo menawarkan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Coway. Untuk pengetahuan anda juga, penapis air untuk kedua-dua jenama ini boleh dibeli secara wang tunai dan perkhidmatan penyelenggaraan serta jaminan percuma selama setahun.
5

MENYEWA ATAU MEMBELI

Cuckoo dan Coway menawarkan perkhidmatan sewa. Faisal telah membuat kiraan di mana jika anda membeli secara wang tunai, anda tetap perlu membayar perkhidmatan penyelenggaraan RM500 – RM600 setahun. Jika diluaskan selama 5 tahun penggunaan, belian secara tunai jauh lebih murah berbanding sewa naamun bergantung pada model penapis air. Walau bagaimanapun, jika ada promosi, kebiasaannya ia adalah lebih murah untuk menyewa.
6

SAIZ

Saiz penapis air juga memainkan peranan tau! Kini, saiz purata isi rumah adalah lebih kecil jadi mereka lebih suka produk yang lebih kecil. Coway dan Cuckoo menawarkan produk bersaiz lebih kecil untuk memenuhi citarasa isi rumah seperti ini, namun terdapat kelemahan juga. Kata Faisal lagi, oleh kerana mesin penapis air memerlukan jenis filter yang pelbagai bagi menapis benda dalam air (seperti bau, karat, klorin dll.), produk yang bersaiz kecil boleh berkompromi. Bagi mengatasi masalah ini, penapis kecil harus dicipta bagi mengurangkan penggunaan bilangan penapis dalam penapis air. Oleh itu, model bersaiz kecil tidak sebaik model yang lebih besar. Sekiranya isi rumah anda berbilangan besar, ia tidak digalakkan untuk menggunakan penapis air bersaiz kecil. Kebiasaannya, penapis air yang lebih kecil tidak mempunyai tangki simpanan air jadi air hanya akan disejukkan / dipanaskan dengan segera. Anda juga akan menghadapi masalah air kurang sejuk atau panas jika anda dan ahli-ahli keluarga anda kerap mengambil air daripada penapis air anda. Hal ini kerana jika anda berkali-kali mengambil air dan penapis air anda tidak mempunyai tangki simpanan, komponen sejuk / panas dalam penapis air anda harus bekerja keras dan turut menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi. Oleh demikian, saiz penapis air harus bersesuaian dengan jumlah isi rumah anda.
Antara produk kecil yang ditawarkan oleh Cuckoo. Kredit gambar: Cuckoo
Antara produk kecil yang ditawarkan oleh Coway. Kredit gambar: Coway
7

JENAMA LAIN

Selain Cuckoo dan Coway, terdapat pelbagai jenis jenama di luar sana yang menawarkan produk penapis air. Antaranya ialah LG, Diamond, JIKSOO dan sebagainya. Harga pun lebih kurang sama seperti Coway dan Cuckoo, oleh itu Coway dan Cuckoo kini semakin agresif menawarkan harga terendah dan kontrak lebih panjang (7 tahun kebiasaannya).

Apakah pilihan anda?

Dengan mengambil semua maklumat ini sebagai faktor, anda kini boleh memutuskan jenama yang sesuai untuk rumah anda. Bagi Faisal, beliau secara peribadi lebih menggemari Coway selepas mencuba kedua-dua jenama tersebut kerana beliau menyatakan bahawa beliau jarang minum minuman manis dan dapat merasai perbezaan air Coway dan air Cuckoo.

Bagi penulis artikel ini pula, kedua-dua jenama sudah dicuba dan air Cuckoo adalah pilihan peribadi. Hal ini kerana air Coway mempunyai rasa manis dan air Cuckoo tiada perisa langsung. Jika anda mahu meminum air yang tidak mempunyai perisa ‘manis’, anda boleh memilih untuk mengambil penapis air Cuckoo.

Gambar sekadar hiasan.

Jadi, apakah pilihan anda? Jika anda mempunyai salah satu daripada jenama penapis air ini, atau pernah merasai kedua-dua jenama, komen pengalaman anda di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini untuk manfaat orang lain!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini
Next Article Gadis OKU Bawah Umur Jadi Mangsa Nafsu Binatang Bapa Tiri Dan Seorang Lelaki Warga Asing Di Julau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?