• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi

Oleh
Aina Musa
14 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi

Proses ubah suai sedang dijalankan di China

Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi. Reka bentuk gerabak Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) sedang diubah suai di kilangnya di China sebelum dihantar ke Sarawak. Unit pertama versi akhir ART dijangka tiba di Sarawak menjelang suku ketiga tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, menyatakan bahawa versi terkini ART ini memiliki beberapa penambahbaikan pada reka bentuk hadapan dan warna luar yang mencerminkan bendera Sarawak.

Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi. Kredit foto: Suara Sarawak

“ART kini berada di kilang pembuatan di China. Kami akan ke sana pada Ogos atau September ini untuk pandu uji sebelum ia dihantar ke Sarawak untuk dipasang di sini. Kami akan menguji sehingga kami puas hati… buat masa ini, kami tidak boleh mendedahkan rupa bentuk baru, tetapi kelajuannya tetap sama (70 kilometer sejam),” katanya dalam sidang media hari ini.

Lee juga berkata pihaknya akan ke China dalam masa terdekat untuk melihat penambahbaikan ART di kilang tersebut.

Pada November 2023, prototaip ART telah menjalani latihan bukti konsep (POC) di Lebuhraya Samarahan-Kuching, memberikan peluang kepada pihak berkaitan untuk menaiki ART sebelum ia dilancarkan secara rasmi kepada orang awam.

Sementara itu, dalam penggulungan perbahasan kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Lee menyatakan bahawa kemajuan keseluruhan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 mencapai 20.65 peratus setakat April 2024, dengan perbelanjaan modal RM623 juta, dijangka siap menjelang suku keempat 2027.

Projek KUTS Fasa 1 akan dilaksanakan dalam tiga peringkat, dengan Pakej 1 Laluan Biru dari Rembus ke Stutong disasarkan siap pada penghujung 2025. Pakej 1 ini telah dianugerahkan pada 10 November 2023 dengan jumlah kontrak RM568.61 juta.

Sementara itu, keseluruhan Laluan Biru dan Laluan Merah yang menghubungkan Kuching Sentral ke Pending dijadualkan siap pada penghujung 2026, manakala Laluan Hijau yang menghubungkan Pending ke Damai dijadualkan siap pada penghujung 2027.

Lee menjelaskan bahawa kerja-kerja asas tanah untuk Depoh Rembus, yang akan berfungsi sebagai hab pusat bagi operasi dan pentadbiran sistem ART, kini sedang dijalankan dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini. Kontrak untuk pakej kerja ini (Depoh Rembus) telah diberikan pada 8 Disember 2023 dengan jumlah kontrak sebanyak RM260 juta.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat
Next Article Petros Bakal Ambil Alih Perdagangan Gas Asli Di Sarawak Mulai 1 Julai Petros Bakal Ambil Alih Perdagangan Gas Asli Di Sarawak Mulai 1 Julai

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?