• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat

Oleh
Aina Musa
14 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat

Penanaman sagu di Sarawak bermula awal 1880-an dan negeri itu kini pengeksport terbesar tepung sagu di dunia.

Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat. Sarawak sedang mengkaji potensi sagu untuk menggantikan beras sebagai sumber karbohidrat utama, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Roland Sagah Wee Inn.

Beliau menyatakan bahawa CRAUN Research Sdn Bhd sedang giat menjalankan penyelidikan, di mana saintis syarikat milik kerajaan negeri itu sejak tahun lalu mendapati bahawa pati sagu hampir menyamai rasa nasi.

Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat
Sarawak Kaji Potensi Sagu Ganti Beras Jadi Sumber Karbohidrat. Sumber: MalaysiaKini

Menurutnya, penyelidikan lanjut oleh CRAUN Research masih berjalan untuk menilai potensi sebenar sagu sebagai sumber karbohidrat utama.

“Penyelidikan ini memberikan kita peluang untuk menangani isu keselamatan makanan dan mencari sumber karbohidrat alternatif bagi menggantikan beras. Usaha oleh CRAUN Research juga akan mempelbagaikan produk berasaskan sagu,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro dalam ucapan penggulungan kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Penanaman sagu di Sarawak bermula sejak awal 1880-an dan kini menjadi salah satu komoditi perdagangan pertanian utama negeri tersebut, dengan pekebun kecil menyumbang 92% daripada kawasan penanaman yang dianggarkan seluas 32,329 hektar.

Kawasan utama penanaman sagu terletak di Mukah, Betong, dan Sarikei, dengan pekebun kecil masih menggunakan kaedah penanaman tradisional.

Sarawak merupakan pengeksport terbesar tepung sagu di dunia, dengan 37,884 tan kanji sagu bernilai RM78.29 juta dieksport ke Semenanjung Malaysia dan Jepun, yang masing-masing menyumbang 51.27% dan 35.47% daripada jumlah eksport pada tahun 2020.

Baca lagi artikel menarik:

Pupuk Penguasaan Bahasa Inggeris Di Pedalaman Sabah, Guru Ini Raih Anugerah Berprestij Cambridge
Ini Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Simpanan Ke Akaun Fleksibel Secara Online

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Simpanan Ke Akaun Fleksibel Secara Online Ini Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Simpanan Ke Akaun Fleksibel Secara Online
Next Article Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi Gerabak ART Bakal Berwajah Baru, Angkat Warna Bendera Sarawak Sebagai Inspirasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?