• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigi Coffee Buka Cawangan Baharu Kuching Di Plaza Merdeka

Oleh
Nazihah AN
10 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Gigi Coffee Buka Cawangan Baharu Kuching Di Plaza Merdeka

Gigi Coffee Bakal Buka Cawangan di Plaza Merdeka

Gigi Coffee Buka Cawangan Baharu Kuching Di Plaza Merdeka. Buat pencinta kopi di bumi Kenyalang, bersedia untuk nikmati aroma espresso yang lebih padu! Gigi Coffee, jenama kopi yang semakin mencuri perhatian di Malaysia, bakal membuka cawangan terbaharu mereka di Plaza Merdeka, Kuching.

Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan Plaza Merdeka menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Gigi Coffee Buka Cawangan Baharu Kuching Di Plaza Merdeka

“More Espresso, Less Depresso” – Slogan Penuh Gaya dan Jiwa

Dalam hantaran media sosial yang mencuit hati, Plaza Merdeka menyatakan:

“Oh gee! Gigi’s coming! ☕💙 Ready for a cup of more expresso and less depresso?”

Sambil menampilkan papan tanda besar dengan slogan “More Espresso, Less Depresso”, ruang tersebut kini sedang dalam fasa persediaan, lengkap dengan pagar keselamatan berwarna biru yang mengumumkan: Gigi Coffee Brewing Soon. Nampaknya, kita hanya tinggal menghitung hari sebelum cawangan baharu ini mula menghidangkan kopi panas mereka.

Lokasi Strategik di Tengah Bandar

Dengan lokasi yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching, Plaza Merdeka sememangnya menjadi pilihan ramai pengunjung tempatan dan pelancong. Kehadiran Gigi Coffee di sini dijangka akan menambah satu lagi sebab kenapa pusat membeli-belah ini wajib singgah — lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak boleh memulakan hari tanpa secawan kopi.

Tarikan Baharu Buat Peminat Kopi

Gigi Coffee dikenali kerana pilihan minuman kopinya yang berkualiti, harga mesra poket serta suasana kedai yang ‘cozy’ dan sesuai untuk ‘me-time’ mahupun lepak bersama rakan. Kehadiran jenama ini di Kuching bukan sahaja membawakan kopi yang sedap, tetapi juga membuka ruang untuk komuniti tempatan bersantai dalam suasana lebih segar dan moden.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini
SAPP Saran Sabah Perkenal Kad Pengenalan Khas Untuk Warganegara Malaysia Asal Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini
Next Article Gadis Bidayuh 13 Tahun Hilang Lepas Keluar Rumah Di Serian, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?