Dipercayai keluar rumah pada jam 9 malam tanpa menaiki sebarang kenderaan
Gadis Bidayuh 13 Tahun Hilang Lepas Keluar Rumah Di Serian, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai. Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai Trasi Eklisia ak McDavvonnick Erick telah dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Kampung Maang, Batu 24, Jalan Kuching-Serian pada malam 7 April lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, Trasi dipercayai keluar rumah sekitar jam 9 malam tanpa menaiki sebarang kenderaan.

Setakat ini, usaha mencari masih dijalankan dan pihak polis sedang giat menyiasat kes ini.
Tiada petunjuk setakat ini – pihak polis mohon bantuan netizen
Kehilangan Trasi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan keluarga dan komuniti setempat kerana tiada sebarang petunjuk atau maklumat terkini diterima sejak dia keluar rumah, menurut laporan media tempatan.
Pihak polis menyeru orang ramai — terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan Kampung Maang atau Jalan Kuching-Serian — untuk tampil membantu sekiranya ada maklumat berkaitan Trasi.
Berikut adalah nombor untuk dihubungi:
- ASP Sylvarius Gopog, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan
📞 013-8637241 - Sjn Sulaiman Taha, Pegawai Penyiasat
📞 012-8908262 - Bilik Gerakan IPD Padawan
📞 082-862233
Sama-sama kita bantu cari Trasi. Sebarang update lanjut akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

