I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Notification Show More
Latest News
Kebanggaan Borneo, Ini Senarai Atlet Sarawak Dan Sabah Yang Mewakili Malaysia Ke Sukan SEA 2022
Kebanggaan Borneo, Ini Senarai Atlet Sarawak Dan Sabah Yang Mewakili Malaysia Ke Sukan SEA 2022
13 Mei 2022
Naik Harga Lagi, Ninso Cawangan Sarawak Tukar Harga Dari RM2.30 Ke RM2.60 Bermula Jun Ini
Naik Harga Lagi, Ninso Cawangan Sarawak Tukar Harga Dari RM2.30 Ke RM2.60 Bermula Jun Ini
13 Mei 2022
Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabahh Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini
Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini
13 Mei 2022
BeFunky collage 88 Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
13 Mei 2022
BeFunky collage 87 SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
13 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 05/03/22 5:08 PM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2022 03 05T165433.826 Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Kongsi
Sponsored

Bila tengok mula-mula, mesti rasa macam tak nak duduk rumah tu.

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik. Lumrah kehidupan menjadi seorang guru mestilah sentiasa menyesuaikan diri walau di mana sahaja mereka berada. Apatah lagi apabila mereka ditugaskan ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, pastinya ia satu pengalaman hidup yang mencabar.

Namun, guru lelaki ini menjadikan kehidupannya di kawasan pedalaman seolah-olah mudah dan ‘enjoyable’. Beliau yang dikenali dengan nama Al-Tarmizi di laman Facebook nya berkongsi pengalamannya mengubah suai kuarters kediaman guru yang usang menjadi sebuah rumah yang cantik dan selesa!

Sponsored
image 8 Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi

Cikgu Tarmizi yang bertugas sebagai guru di SK Kampung Kut, Daro menceritakan bahawa hanya kuarters usang itulah yang ada di sekolah tersebut bagi menempatkan guru-guru baru pada waktu beliau mula-mula posting. Katanya tikus lalu atas muka itu adalah perkara biasa. Kuarters asal tersebut nampak sangat daif dengan silingnya bocor tatkala tibanya hari hujan.

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi

Dari kuarters daif, sekarang dah jadi macam bilik apartmen mewah!

Walau bagaimanapun, keadaan kuarters yang usang itu tidak menghalang niat Cikgu Tarmizi untuk mengubah rumah tersebut menjadi kediaman yang selesa dan cantik buatnya. Catatan di Facebooknya memberitahu bahawa kesemua barangan deko tersebut adalah hasil pembeliannya menerusi platform Shopee sahaja.

Sponsored

Untuk mendapatkan barangan tersebut satu hal pula. Memandangkan beliau berada di kampung pedalaman di dalam kawasan pulau, Cikgu Tarmizi terpaksa pergi ke pekan yang terdekat menggunakan motorsikal dan menaiki feri untuk menuntut barangnya di pejabat pos memandangkan khidmat penghantaran tidak sampai ke kampung itu.

Nah, selepas di kemas2, beli shoopee ja. Tak dapat nak pos kat sekolah sebab pos laju tak sampai. Maklumlah sekolah pedalaman 😂 Pos sampai pekan. Hari minggu keluar ambik penuh motor 🤣
Cikgu Tarmizi

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi

Hasil kreativiti dan kerja keras Cikgu Tarmizi, kuarters usang yang pada asalnya kelihatan hampir roboh berjaya ditransformasikan menjadi sebuah kediaman yang lengkap dengan set lampu gantung yang moden, televisyen, rak ala-ala ikea, dan pendingin hawa!

Sponsored
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik. Sumber foto: FB Al-Tarmizi
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi

Tidak cukup di dalam rumah, Cikgu Tarmizi juga menjadikan beranda rumahya sebagai sebuah kebun mini dengan tanaman kobis yang sihat dan segar belaka. Bahagian bawah rumahnya juga berjaya diubah menjadi sebuah taman arnab yang cantik dan sedap mata memandang. Amboi, untunglah arnab-arnab dapat tuan macam Cikgu Tarmizi ni!

Bawah rumah ni macam-macam ada, binatang berbisa. Dari bersepah macam ni, maka wujud lah idea nak buat tempat arnab.
Cikgu Tarmizi

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi
274295455 5132542443443511 8424555919993947264 n Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi
Nampak suram je sini, maka kita buat lah kebun mini. Tapi penat juga lah nak kena siram pagi petang😂
Cikgu Tarmizi

Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Sumber foto: FB Al-Tarmizi

Dalam hantaran yang sama, Cikgu Tarmizi sempat menitipkan pesanan buat guru-guru baru yang bakal menjalankan tugas mereka sebagai guru di sekolah pertama mereka.

Sponsored
Perkongsian saya buat guru baru

☑️ Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya. Terapi diri katakan😂

☑️ Jadilah guru yang kreatif walau di mana kita berada😊

☑️ Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu sebab ia akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin apabila kita pulang ke tempat asal nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula berkhidmat.

☑️ Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu, kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun, dialah Spiderman 😂 dialah segalanya.

☑️ Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain.

☑️ Gunakan kemahiran individu yang kita ada.
Cikgu Tarmizi

@cikguspiderman

♬ original sound – Al Tarmizi

Insan bergelar cikgu memang ramai, tapi tak ramai cikgu yang hebat dan serba boleh macam Cikgu Tarmizi ni. Semoga perkongsian beliau dapat memberi semangat dan inspirasi baru buat para guru baru di luar sana!

Cikgu Tarmizi juga pernah tular sebelum ini apabila mengenakan kostum Spiderman bagi menarik minat pelajarnya untuk hadir ke sekolah selepas tamat tempoh PKP. Cerita lanjut boleh dibaca di sini:

Sponsored
Nur Afifah 5 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Singapure Kenakan Sekatan Ke Atas Russia, Larang Eksport Elektronik dan Sekat Bank Singapura Kenakan Sekatan Ke Atas Russia, Larang Eksport Elektronik dan Sekat Bank
Next Article Gangguan Bekalan Elektrik Di Loji Air Batu Kitang, Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Kuching, Samarahan Dilaporkan Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik Di Loji Air Batu Kitang, Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Kuching, Samarahan Dilaporkan Terjejas

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Kebanggaan Borneo, Ini Senarai Atlet Sarawak Dan Sabah Yang Mewakili Malaysia Ke Sukan SEA 2022
Cerita Borneo

Kebanggaan Borneo, Ini Senarai Atlet Sarawak Dan Sabah Yang Mewakili Malaysia Ke Sukan SEA 2022

13 Mei 2022
Naik Harga Lagi, Ninso Cawangan Sarawak Tukar Harga Dari RM2.30 Ke RM2.60 Bermula Jun Ini
Cerita Borneo

Naik Harga Lagi, Ninso Cawangan Sarawak Tukar Harga Dari RM2.30 Ke RM2.60 Bermula Jun Ini

13 Mei 2022
Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabahh Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini
Cerita Borneo

Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini

13 Mei 2022
BeFunky collage 88 Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Cerita Borneo

Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?

13 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?