• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Singapura Kenakan Sekatan Ke Atas Russia, Larang Eksport Elektronik dan Sekat Bank

Oleh
ILB - AI
5 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Singapure Kenakan Sekatan Ke Atas Russia, Larang Eksport Elektronik dan Sekat Bank

Singapura menentang keras serangan Russia kepada Ukraine

Singapura Kenakan Sekatan Ke Atas Russia, Larang Eksport Elektronik dan Sekat Bank. Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan sekatan terhadap Russia, satu langkah yang jarang diambil negara tersebut sebelum ini.

Sekatan tersebut merangkumi beberapa tindakan iaitu sekatan eksport terhadap barang elektronik, komputer dan ketenteraan terutamanya pada apa apa barang yang boleh digunakan untuk menghasilkan alat ketenteraan. Selain itu, Singapura juga melaksanakan sekatan terhadap transaksi kewangan melibatkan 4 buah bank. Bank Negara Singapura juga disekat dari melakukan apa apa transaksi kepada/dari Bank Negara Russia.

⚡️Singapore sanctions Russia in response to its all-out war against Ukraine.

Singapore announced sanctions against Russia on March 5 that include four banks and an export ban on electronics, computers and military items.

— The Kyiv Independent (@KyivIndependent) March 5, 2022

Sekatan kewangan juga meliputi instrument instrument bukan wang tunai termasuk tawaran wang kripto dan juga non fungible token (NFT).

Menurut kenyataan Kementerian Luar Singapura, mereka menentang sekeras kerasnya tindakan Russia menceroboh masuk negara lain. Sekatan yang dikenakan Singapura ini juga tidak tertakluk pada mana mana garis masa setakat ini.

4 bank yang dikenakan sekatan oleh Singapura adalah seperti berikut :
– VTB Bank Public Joint Stock Company
-The Corporation Bank for Development and Foreign Economic Affairs Vnesheconombank
– Promsvyazbank Public Joint Stock Company
– Bank Rossiya

Sebelum ini, kebanyakan kuasa besar ekonomi dunia juga telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Russia. Syarikat besar seperti Apple dan Microsoft juga melaksanakan sekatan dengan menutup operasi dan juga melarang produk mereka dijual di Russia.

Sebelum ini, tular gambar pesawat kargo terbesar di dunia yang kini musnah akibat perang di Ukraine :


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Diluluskan Untuk Mengendali Penerbangan Kota Kinabalu - Miri Dan Miri - Kota Kinabalu TERKINI : AirAsia Mula Kenakan Surcaj Bahan Api Bermula 8 Mac 2022
Next Article Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?