• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan

Oleh
Ismail NA
25 Oktober 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Beliau sanggup mendekati pihak polis marin yang sedang meronda untuk mendapatkan bantuan makanan untuk komunitinya.

Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan. Pandemik mula mengganas semula di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat/Diperketatkan (PKPB/PKPD) kembali dikuatkuasakan. Situasi ini bukan sahaja kembali menekan penduduk yang bekerja secara harian di kawasan kota dan kampung.

Isi Isi Penting
  • Beliau sanggup mendekati pihak polis marin yang sedang meronda untuk mendapatkan bantuan makanan untuk komunitinya.
  • PKPD di Semporna mendesak hidup masyarakat air Bajau Pala’u
  • Bukan untuk diri sendiri, pakcik Ladja rayu bantuan makanan untuk seluruh komunitinya
  • Terpaksa turun ke laut, langgar PKP demi sesuap makanan
  • Pakcik Ladja berdoa di dalam bot, tanda bersyukur permintaannya ditunaikan
  • Anda juga boleh sama-sama membantu saudara kita di Sabah dengan menyalurkan bantuan dan khidmat sukarela di sini :

Jika anda merasakan kejadian terkurung di rumah dan menjamah makanan setiap 2-3 jam itu adalah sesuatu yang memeritkan, ketahuilah bahawa masih ada yang lebih susah dan derita.

PKPD di Semporna mendesak hidup masyarakat air Bajau Pala’u

Beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube tentang kesusahan masyarakat Bajau Pala’u untuk mendapatkan makanan di Semporna, Sabah. Akibat situasi PKPD yang kembali dilaksanakan, masyarakat yang kebanyakannya tinggal di atas rumah air ini tidak berupaya mendapatkan sumber makanan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh saluran HMJ tersebut, seorang pakcik tua bernama Ladja telah menghampiri pasukan polis marin yang sedang bertugas pada pagi 19 Oktober 2020. Kebetulan, pada waktu itu, pihak polis marin sedang melakukan rondaan dalam Ops Benteng Kluster Bangau-Bangau di perairan Semporna.

Bukan untuk diri sendiri, pakcik Ladja rayu bantuan makanan untuk seluruh komunitinya

Datang seorang diri, lelaki tua tersebut gigih berkayuh menggunakan sebuah perahu uzur yang dinaiki air untuk memaklumkan kepada pihak polis tentang masyarakatnya yang belum mendapat bantuan makanan.

Jelas Pakcik Ladja yang berasal dari Kampung Halo (laut hujung), sebanyak 27 buah rumah yang terdapat di bahagian hujung Kampung Halo belum mendapat bantuan makanan. Sopan sahaja nada percakapan pakcik Ladja ini. Walau pun masih mampu tersenyum ketika berbicara dengan pihak polis, namun jauh di sudut hatinya pasti merasa risau dan susah hati dengan nasib yang menimpa komuniti di kampungnya.

Terpaksa turun ke laut, langgar PKP demi sesuap makanan

Ceritanya lanjut. Sumber makanan yang kian hari menyusut menyebabkan penduduk di kawasan beliau terpaksa turun ke laut untuk mencari rezeki dan terpaksa melanggar arahan PKP demi sesuap nasi. Pakcik Ladja dan orangnya ini pastinya rakyat yang baik, cuma mereka hanya mahu kelangsungan sumber makanan untuk orang tua dan anak-anak.

Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Sumber : Youtube HMJ

Atas keprihatinan pihak polis marin dan pemilik saluran HMJ, permintaan Pakcik Ladja segera dipanjangkan melalui aplikasi Whatsapp dan dikemukakan kepada pihak NGO, Hugs Project Daerah Semporna.

Tidak sampai satu hari, bantuan makanan sampai ke komuniti pakcik Ladja oleh pihak NGO, iaitu Hugs Project yang dikoordinasikan oleh Nirma Majinji diiringi pasukan polis marin dan ESSCOM. Sekitar jam 3 petang pada hari yang sama, pakcik Ladja dimaklumkan tentang bantuan yang telah beliau pohon pagi tadi.

Bantuan tidak sampai ke komuniti pakcik Ladja sebelum ini kerana mereka tercicir daripada data bancian penduduk. Walau bagaimanapun, jelas terpancar kegembiraan di wajah Pakcik Ladja ketika pasukan tersebut sampai. Beliau kemudian segera memanggil penduduk kampung sambil mengayuh perahu uzurnya mendekati rumah-rumah laut di situ. Mengerah setiap 27 ketua keluarga di sana untuk mengambil bantuan yang mereka nanti-nantikan.

Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Sumber : Youtube HMJ
Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Sumber : Youtube HMJ
Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Sumber : Youtube HMJ

Pengangkutan utama mereka ialah perahu. Masing-masing beratur dengan tenang semasa menerima bungkusan plastik yang berisi keperluan makanan seperti beras, gula dan sebagainya.

Pakcik Ladja berdoa di dalam bot, tanda bersyukur permintaannya ditunaikan

Setelah selesai semuanya, pakcik Ladja lantas mengucapkan syukur kerana permintaannya segera ditunaikan. Begitu juga dengan penduduk di sana yang kelihatan sangat gembira kerana menerima bantuan yang diharapkan sambil melambai ke arah bot pasukan polis dan NGO.

Di atas perahunya juga, pakcik Ladja sempat berdiri melafazkan doa kesyukuran bersama pasukan yang terlibat sebelum beredar kembali ke rumahnya.

Gigih Dayung Perahu Ke Tengah Laut, Pakcik Bajau Ini Terpaksa Kejar Polis Marin Rayu Bantuan Makanan
Sumber : Youtube HMJ

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pasukan polis marin, ESSCOM dan pihak NGO iaitu Hugs Project yang bertindak pantas menyalurkan sumbangan kepada komuniti Kampung Halo laut hujung demi kelangsungan hidup mereka semasa PKPD.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya, dijauhkan segera daripada wabak dan pandemik serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti sebelum ini. Amin.

Anda juga boleh sama-sama membantu saudara kita di Sabah dengan menyalurkan bantuan dan khidmat sukarela di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kabinet Malaysia Setuju Darurat, Muhyiddin Dijangka Menghadap Agong
Next Article Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?