fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Oktober 2020
TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt. Dalam siaran langsungnya hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa seluruh Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula pada tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober ini. Sementara itu, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan dikenakan PKPB mulai 14 Oktober ini.

Perkara ini diumumkan susulan jumlah kes positif yang naik mendadak semenjak kebelakangan ini.

ADVERTISEMENT
TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

4 daerah di Sabah telah dikenakan TEMCO sebelum ini

Sebelum ini, beberapa daerah di Sabah telah dikenakan Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) dari 29 September hingga 12 Oktober, iaitu daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. TEMCO ini telah dilanjutkan hingga 25 Oktober 2020.

Semasa tempoh tersebut, semua perniagaan kecuali perkhidmatan penting (essential services) diarahkan tutup.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 60 Kes Baharu COVID-19 Dicatat Di Sarawak Hari Ini

Berikut Adalah 5 Senarai Bantuan Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Tahun 2021

Pada 6 Oktober, ia telah dilaporkan bahawa Sabah telah menutup sempadan mereka dan hanya warga Sabah sahaja dibenarkan masuk.

ADVERTISEMENT
4 daerah di Sabah kini di bawah pelaksanaan TEMCO hingga 25 Oktober 2020 manakala seluruh Sabah akan dikenakan PKPB mulai 13 Oktober 2020.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan dikenakan PKPB

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menyatakan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini.

Hal ini berikutan kes Covid-19 yang juga naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

ADVERTISEMENT

Keputusan tersebut dibuat setelah mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Berikutan penguatkuasaan PKPB, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah tidak dibenarkan.

Selangor, KL, dan Putrajaya akan dikenakan PKPB bermula 14 Oktober.

Pas diperlukan untuk merentas daerah

Bagi pekerja yang dikehendaki merentas daerah untuk urusan kerja, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Selain itu, hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup.

Lagi di sini:

Source: Berita Harian
Share69Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy