• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar

Oleh
Ismail NA
20 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Pengorbanan guru yang jarang anda lihat.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar. Tidak lama lagi, pelajar sekolah rendah iaitu pelajar Tahun 1 hingga 4 akan memulakan kembali sesi persekolahan iaitu pada 22 Julai 2020.

Isi Isi Penting
  • Pengorbanan guru yang jarang anda lihat.
  • 80 meja agar dapat buat penjarakan sosial pelajar
  • Dibantu oleh pekerja pembersihan yang lebih mahir dalam pertukangan
  • “Saya harap para pelajar kat sekolah situ akan dapat keputusan yang cemerlang,” – Netizen
  • Ini pula kisah guru yang sanggup hantar kerja rumah hingga ke pedalaman :
  • MAS juga beri diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% untuk warga pendidik hingga 10 Ogos ini :

Walau pun begitu, sesi persekolahan yang akan dibuka ini pastinya berlainan daripada sebelum ini kerana peraturan norma baharu yang diamalkan. Contohnya seperti kelas penjarakan sosial.

Ketiadaan kemudahan serta fasiliti yang lengkap tidak mematahkan semangat guru-guru di sebuah sekolah rendah di Lahad Datu apabila mereka bergotong royong menghasilkan sebanyak 80 buah meja tambahan.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

Perkongsian ini dimuat naik oleh guru sekolah terbabit di laman Twitter nya iaitu @suryadivic. Perkongsian yang membuka mata ini telah mendapat 11.8K tanda suka serta 11.3K ulang kicau.

Kami (guru) sedang buat sebanyak 80 meja untuk persediaan minggu depan. Meja tak cukup sebab kena penjarakan sosial dalam kelas. Sebelum ni beberapa org murid kongsi 1 meja (meja panjang). pic.twitter.com/nIwPnfdRGg

— Suryadi (@Suryadivic) July 17, 2020

80 meja agar dapat buat penjarakan sosial pelajar

Menurut Suryadi, persiapan meja tambahan tersebut adalah untuk kegunaan pelajar Tahun 1 yang bakal kembali bersekolah minggu ini. Jika tanpa penjarakan sosial seperti sebelum ini, beberapa orang pelajar akan duduk bersama dan berkongsi sebuah meja panjang.

Dengan adanya meja baharu tersebut, para pelajar akan dapat belajar secara penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

Dibantu oleh pekerja pembersihan yang lebih mahir dalam pertukangan

Jelasnya lagi, usaha menghasilkan meja baharu itu telah dibantu oleh pekerja pembersihan sekolah yang lebih mahir dan pakar dalam pertukangan.

Perkongsian tersebut adalah sekadar mahu berkongsi pengalaman dan suasana sekolah tersebut menjelang pembukaan semula sesi persekolahan. Malah, warga sekolah tersebut akan membantu dengan sukarela sekiranya terdapat masa terluang untuk melaksanakan aktiviti sekolah bersama-sama.

Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Gigih Hasilkan 80 Meja, Guru Di Sabah Ini Sanggup Bertukang Sendiri Demi Penjarakan Sosial Pelajar
Sumber : Twitter @suryadivic

“Saya harap para pelajar kat sekolah situ akan dapat keputusan yang cemerlang,” – Netizen

Kegigihan guru-guru ini disambut baik oleh netizen. Sebahagian besarnya memberikan kata-kata positif serta rangsangan agar para guru lebih bersemangat biar pun terpaksa mengajar semasa musim pandemik ini.

Pure respect. You don’t have to do that, not even in your job scope, but you do it anyways because u know the students need it.

— Supes McAwesomeness 🤓 (@YattShariffudin) July 17, 2020

Hebat cikgu cikgu. Semoga diberi kesihatan dan kekuatan yg kuat.

— cheesetartgebubyfura (@sayangfura) July 17, 2020

Sy harap para pelajar kat sekolah situ akan dpt keputusan yg cemerlang. Amin.

— Neyzar#SiegHart’s (@neyzarular) July 17, 2020

Sy harap para pelajar kat sekolah situ akan dpt keputusan yg cemerlang. Amin.

— Neyzar#SiegHart’s (@neyzarular) July 17, 2020

Saya ‘salut’..ini lah sisi guru-guru Malaysia yang tidak dipertontonkan dan tidak diketahui..guru-guru berperanan dalam pelbagai tugas diluar bilik darjah. Syabas. Mohon sangat Kementerian bantu sekolah2 yang tidak cukup keperluan asas sebegini.#kamigurumalaysia

— MShah (@MShah1454) July 17, 2020

Syabas kepada Cikgu Suryadi, guru-guru dan pekerja pembersihan sekolah tersebut yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk keselamatan anak murid.

Semoga terus maju jaya!

Ini pula kisah guru yang sanggup hantar kerja rumah hingga ke pedalaman :

MAS juga beri diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% untuk warga pendidik hingga 10 Ogos ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Dipadam, Mural Realistik Pemimpin Negara Termasuk DG Hisham Diconteng Kata Kesat
Next Article Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?