• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Staycation Rare Di Tengah Bandar Kuching, DBKU Anjur Aktiviti Glamping Di Padang Merdeka

Oleh
Nazihah AN
16 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Staycation Rare Di Tengah Bandar Kuching, DBKU Anjur Aktiviti Glamping Di Padang Merdeka

Glamping Di Padang Merdeka Pada Hujung Minggu Ini

Staycation Rare Di Tengah Bandar Kuching, DBKU Anjur Aktiviti Glamping Di Padang Merdeka. Anda pernah terfikir nak berkemah di tengah bandar Kuching? Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkenalkan pengalaman baharu yang rare dan unik, “Glamping In The City” yang bakal berlangsung pada 18 & 19 Januari 2025 bertempat di Padang Merdeka, Kuching.

Ini peluang anda menikmati malam yang indah di bawah cahaya bintang sambil berada dalam suasana urban yang memukau.

Staycation Rare Di Tengah Bandar Kuching, DBKU Anjur Aktiviti Glamping Di Padang Merdeka

Apa Yang Best Dengan Glamping In The City Ni?

Bayangkan pengalaman glamping – gabungan glamor dan camping – di tengah bandar Kuching. Anda boleh menikmati suasana santai dan mesra bersama keluarga atau rakan-rakan, lengkap dengan khemah, aktiviti santai, dan suasana yang lain daripada yang lain.

Acara ni bukan saja memberi peluang untuk lari daripada rutin harian, malah anda dapat menikmati pemandangan unik bandar Kuching dari sudut yang berbeza.

Aktiviti & Peraturan Glamping:

  1. Pendaftaran Peserta Glamping:
    • Tarikh: 18 Januari 2025
    • Masa: 3 petang – 6 petang
  2. Mendirikan Khemah:
    • Bermula jam 4 petang.
  3. Pantang Larang:
    • Aktiviti memanggang/membakar: Tidak dibenarkan.
    • Minuman keras: Dilarang sama sekali.
    • Kebersihan: Sila pastikan sampah dibuang di tempat yang telah disediakan.
  4. Keselamatan:
    • Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecurian atau kemalangan sepanjang aktiviti berlangsung.
  5. Parkir Kenderaan:
    • Tempat letak kereta disediakan di Saujana, Borneo Cultural Museum, Elektra House, dan Jalan Wawasan (belakang Pejabat Pos).
  6. Kemudahan:
    • Tandas awam DBKU di belakang Muzium Sarawak Lama dan tandas mudah alih turut disediakan.
  7. Masa Unloading/Loading:
    • 18 Jan: 4-6 petang
    • 19 Jan: 10 pagi – 12 tengah hari

Join Kuching Car Free Morning Esoknya!

Lepas semalaman ber-glamping, jangan lupa turut serta dalam program Kuching Car Free Morning keesokan harinya. Ini peluang anda bersenam dan menikmati suasana bandar tanpa kesesakan jalan raya. Nampak tak betapa ngam acara ni dengan gaya hidup sihat dan lestari?

Jangan Lupa Bawa Barang Penting:

  • Khemah masing-masing
  • Kelengkapan peribadi seperti tikar, bantal, dan selimut.

Info Lanjut:

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512200.

Jom Meriahkan Glamping Ni!

Apa tunggu lagi? Ajak kawan-kawan, keluarga, atau satu kampung untuk sama-sama merasai pengalaman glamping di bandar. Tak selalu dapat peluang macam ni – escape to luxury under the stars right in the heart of Kuching!

Baca juga cerita menarik di bawah:

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025
Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Kekangan Dana, Rubber Girl Sabah Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia
Next Article MUJI Bakal Buka Cawangan Pertama Sarawak Di The Spring Mulai Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?