• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian

Oleh
Nazihah AN
2 Januari 2025
Kongsi
5 Min Bacaan
Acara Larian Sarawak 2025, Ini Tarikh Penting Untuk Semua Penggemar Larian

Jangan terlepas acara larian di Sarawak

Jika anda seorang peminat acara larian, ini berita baik untuk anda! Sarawak bakal menjadi tuan rumah pelbagai acara maraton yang menarik pada tahun 2025.

Isi Isi Penting
  • 1. Santubong International Nature Run 2025 (22 Februari 2025)
  • 2. Miri Marathon 2025 (13 April 2025)
  • 3. Samarahan Bridge Half Marathon 2025 (27 April 2025)
  • 4. RH Half Marathon 2025 (4 Mei 2025)
  • 5. HSL Samarahan Marathon 2025 (14-15 Jun 2025)
  • 6. Kuching Half Marathon Heritage Run 2025 (27 Julai 2025)
  • 7. Bintulu Marathon 2025 (3 Ogos 2025)
  • 8. Sarawak Energy Isthmus Run 2025 (10 Ogos 2025)
  • 9. Climate Run 2025
  • 10. Larian Baton SOPMA 2025
  • 11. Silabur Ultra Trail 2025
  • 12. Meow Autism Run 2025
  • 13. Run To Save Lives 5.0
  • 15. Capybara X City Neon Run

Daripada larian separuh maraton hinggalah maraton penuh, ini adalah peluang terbaik untuk anda menguji ketahanan dan mengukir memori indah bersama rakan-rakan.

1. Santubong International Nature Run 2025 (22 Februari 2025)

Berlari sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Negara Santubong. Acara ini menawarkan kategori 6KM, 10KM, dan 20KM, sesuai untuk semua tahap pelari.

Pengambilan Pakej Larian:

  • Tarikh: 22 Februari 2025
  • Lokasi: Sama Jaya Nature Reserve, Stutong Park
  • Hubungi: 016-861 7007 atau [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

2. Miri Marathon 2025 (13 April 2025)

Larian ikonik di Miri kembali lagi! Acara ini sesuai untuk semua tahap pelari, dari pemula hingga pelari tegar. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka bandar Miri sambil menikmati suasana larian yang meriah.

  • Tarikh: 13 April 2025
  • Lokasi: Jalan Merpati, Miri
  • Kategori: 42KM, 21KM, 10KM, 5KM

3. Samarahan Bridge Half Marathon 2025 (27 April 2025)

  • Tarikh: 27 April 2025
  • Lokasi: Jambatan Samarahan, Kota Samarahan
  • Kategori: 5KM, 10KM, 21KM

4. RH Half Marathon 2025 (4 Mei 2025)

Bertempat di Menara Rimbunan Hijau, maraton ini menawarkan laluan 5KM, 10KM, dan 21KM. Dengan pelbagai pakej menarik seperti baju larian dan medal eksklusif, ini adalah acara yang tidak boleh dilepaskan.

  • Tarikh: 4 Mei 2025
  • Lokasi: Menara Rimbunan Hijau, Sibu
  • Kategori: 5KM, 10KM, 21KM

5. HSL Samarahan Marathon 2025 (14-15 Jun 2025)

Digelar sebagai laluan larian “paling pantas dan rata” di Malaysia, maraton ini menawarkan jarak hingga 42KM. Sesuai untuk pelari kompetitif yang ingin mencatatkan rekod peribadi terbaik mereka.

  • Tarikh: 14-15 Jun 2025
  • Lokasi: Kota Samarahan
  • Kategori: 42KM, 21KM, 10KM, 5KM

6. Kuching Half Marathon Heritage Run 2025 (27 Julai 2025)

Bagi pencinta sejarah dan budaya, acara ini pasti menarik minat anda. Sertai larian sambil menikmati keindahan warisan Kuching.

  • Tarikh: 27 Julai 2025
  • Lokasi: Kuching
  • Kategori: 5KM, 10KM, 21KM

7. Bintulu Marathon 2025 (3 Ogos 2025)

Acara ini menjanjikan pengalaman larian yang menyeronokkan di Lapangan Terbang Lama Bintulu. Dengan suasana yang meriah, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai!

  • Tarikh: 3 Ogos 2025
  • Lokasi: Lapangan Terbang Lama Bintulu
  • Kategori: 42KM, 21KM, 10KM, 5KM

8. Sarawak Energy Isthmus Run 2025 (10 Ogos 2025)

Bertempat di Menara Sarawak Energy, acara ini menawarkan peluang untuk pelari menikmati pemandangan indah kawasan istmus. Tandakan tarikh ini dalam kalendar anda dan sertai komuniti pelari di Sarawak.

  • Tarikh: 10 Ogos 2025
  • Lokasi: Menara Sarawak Energy, Kuching
  • Kategori: 10KM, 5KM

9. Climate Run 2025

  • Tarikh: 16 Februari 2025
  • Lokasi: Bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Kuching
  • Kategori: 3KM, 7KM

10. Larian Baton SOPMA 2025

  • Tarikh & Lokasi:
    • 4 Mei 2025: Miri
    • 18 Mei 2025: Bintulu
    • 25 Mei 2025: Sibu
    • 8 Jun 2025: Kuching

11. Silabur Ultra Trail 2025

  • Tarikh: 12-13 April 2025
  • Lokasi: Serian, Sarawak
  • Kategori: 100km, 50km, 30km

12. Meow Autism Run 2025

  • Tarikh: 13 April 2025
  • Lokasi: MBKS Foyer
  • Kategori: 3KM & 5KM

13. Run To Save Lives 5.0

  • Tarikh: 22 Jun 2025
  • Lokasi: MBKS, Foyer
  • Kategori: 3KM & 5KM

14. Pet Walk 2025

  • Tarikh: 27 April 2025
  • Lokasi: MBKS Foyer
  • Kategori: 3KM

15. Capybara X City Neon Run

  • Tarikh: 8 Februari 2025
  • Lokasi: Aeroville Mall
  • Kategori: 3KM & 6.5KM

Acara larian bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga platform terbaik untuk berjumpa dengan komuniti pelari dari seluruh negara. Dengan pelbagai jarak dan kategori yang ditawarkan, semua orang boleh sertai, tidak kira tahap kecergasan anda.

Pesanan Penting

Jangan lupa untuk mendaftar awal bagi mendapatkan harga promosi dan manfaat seperti baju larian eksklusif, medal, dan lain-lain. Ajak rakan-rakan anda untuk turut serta dan jadikan acara ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Baca juga cerita menarik di bawah:

Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M Lelaki MSSM 2022
Catat Masa Larian 10.50 Saat Dalam Acara 100 Meter, Pelajar Ini Digelar ‘Usain Bolt Sabah’

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak Terasa Macam Di Rumah Sendiri, Ibu Hetty Koes Endang Puji Keindahan Di Sarawak
Next Article Jambatan Batang Lassa Akan Dibuka Kepada Orang Ramai Dalam Beberapa Hari Lagi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?