• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Golden Screen Cinema Kongsi Cara Mereka Jaga Panggung Wayang Semasa PKP

Oleh
ILB - AI
13 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
GS Cinema Dedahkan Cara Penjagaan Panggung Wayang Semasa PKP

Walaupun tiada pelanggan, keadaan panggung wayang masih tiptop!

Golden Screen Cinema Kongsi Cara Mereka Jaga Panggung Wayang Semasa PKP. Tular terbaru ini adalah beberapa keping gambar menunjukkan kerusi di sebuah panggung wayang tempatan yang telah berkulat semasa PKP. Dengan tiada penjagaan rapi dan penutupan sistem kawalan iklim/penghawa dingin dalam bangunan, tidak mustahil sekiranya produk-produk terbiar dalam premis akan berkulat. Namun, GS Cinema telah memuatnaik sebuah status mendedahkan bagaimana panggung wayang mereka dijaga semasa PKP. Rupa-rupanya, walaupun sudah dekat 2 bulan tidak beroperasi, keadaan panggung wayang GSC tiada perbezaan langsung daripada kali terakhir mereka beroperasi.

Baca artikel tentang kerusi panggung wayang berkulat di sini:

Golden Screen Cinema Kongsi Cara Mereka Jaga Panggung Wayang Semasa PKP

Dijaga rapi sepanjang PKP

Menurut posting melalui Facebook rasmi GS Cinema (GSC), mereka memuatnaikan beberapa keping gambar menggambarkan keadaan kerusi dan persekitarannya di GSC Suria Sabah.

Dalam gambar-gambar terbabit, kerusi panggung wayang GSC Suria Sabah ternyata dijaga. Menurut mereka, GSC telah mengikuti satu garis panduan yang ketat untuk memastikan pawagam mereka dikekal dengan baik sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan pada hari-hari alternatif, mereka akan mengudarakan pawagam dan hidupkan penghawa dingin untuk mengedarkan udara selama beberapa jam, serta melakukan pemeriksaan kulat di semua dewan pawagam dan tempat duduk, yang termasuk pembersihan yang betul.

Selain itu, mereka menggunakan masa ini untuk memanaskan dan menjalankan projektor untuk mengekalkan keadaan peralatan mereka. Lagi-lagi mereka kini tidak beroperasi, ia adalah mustahak untuk mengambil lebih banyak perhatian dan langkah berjaga-jaga agar pawagam tetap dalam keadaan baik supaya ia sentiasa sedia menyambut penonton kembali apabila tiba masanya untuk beroperasi lagi.

Berikut adalah gambar-gambar yang dimuatnaik oleh admin GSC dalam Facebook:

Kredit: Facebook GSC
Kredit: Facebook GSC

Tengok gambar-gambar kerusi panggung wayang terus rindu pula nak tengok wayang. Tapi kita perlu letakkan keinginan masing-masing untuk mematuhi PKPB agar kita akan berpeluang untuk menonton wayang lagi dudi hari nanti. Syabas GSC dengan usaha mereka untuk mengekalkan keadaan terbaik kat pawagam mereka, walaupun tidak beroperasi buat sementara waktu. For now, we’ll just have to watch movies from home!

Bukan kerusi sahaja kerusi berkulat, malah produk leather tak terhindar. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari
Next Article Jualan Hebat Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi AirAsia Kaji Kemungkinan Untuk Menaikkan Harga Tiket Penerbangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?