• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta

Oleh
Ismail NA
21 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pautan ini tidak lagi menerima pendaftaran daripada orang ramai.

Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta. Beberapa minggu kebelakangan ini, semakin banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka bagi menampung pemberian vaksinasi kepada orang ramai. Antaranya PPV terbaharu yang dibuka adalah PPV UNIMAS yang kini telah mencapai status PPV Mega di Malaysia. PPV UNIMAS telah mencapai sasaran vaksinasi sebanyak 5,000 dos pada 18 Jun yang lalu.

Isi Isi Penting
  • Pautan ini tidak lagi menerima pendaftaran daripada orang ramai.
  • Berlaku salah guna borang sehingga akibatkan kekeliruan orang ramai
  • MBKS sebelum ini tular dengan borang palsu setuju terima vaksin
  • Baca juga artikel berkaitan :

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah membuka permohonan melalui Google Form kepada orang ramai yang tinggal di Kota Samarahan mulai 17 Jun yang lalu untuk mendapatkan suntikan vaksin di PPV Mega UNIMAS. Sehingga semalam, sebanyak 68,423 permohonan yang lengkap telah diterima oleh MPKS. Permohonan terbabit kini sedang disaring dan diproses, seterusnya dihantar ke PPV UNIMAS untuk tindakan selanjutnya.

Berlaku salah guna borang sehingga akibatkan kekeliruan orang ramai

Walau bagaimanapun, MPKS mengambil tindakan untuk menutup permohonan tersebut serta merta kelmarin disebabkan berlaku salah guna yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai. Pihaknya mengesan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan google form tersebut sebagai alat dengan niat untuk menimbulkan kegusaran orang ramai.

Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta
Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta

Menerusi hantaran yang dibuat oleh MPKS di laman Facebook rasmi mereka, pihaknya berasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang terbabit kerana menganggu niat baik MPKS untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Sarawak sehingga ia terpaksa dihentikan.

Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta

MBKS sebelum ini tular dengan borang palsu setuju terima vaksin

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan dikatakan telah membuka Google Forms kepada orang ramai untuk pemberian vaksin di BCCK. Namun, MBKS menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah membuka sebarang borang dalam talian untuk urusan pendaftaran vaksin.

MBKS kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sekama sekaligus mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang borang dalam talian kerana maklumat sulit boleh terdedah kepada individu yang tidak bertanggungjawab dan disalah gunakan.

Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta
Sumber : The Borneo Post

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Calon SPM Dan STPM 2021 Akan Menerima Vaksin Pfizer-BioNTech Mulai Julai Ini Calon SPM Dan STPM 2021 Akan Menerima Vaksin Pfizer-BioNTech Mulai Julai Ini
Next Article Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?