• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
21 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini boleh meningkatkan risiko bagi murid-murid jika sekolah dibuka semula nanti.

Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19. Demikian adalah dakwaan bahawa lebih dari 150 guru di daerah tersebut enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19
Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19. Gambar sebagai hiasan

Khuatir murid-murid berada dalam risiko

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, jika dakwaan ini benar, beliau khuatir murid-murid berada dalam risiko sekiranya sekolah dibuka kelak.

“Sekiranya anda merupakan seorang guru, tolonglah beri nasihat kepada rakan-rakan guru yang lain untuk menerima suntikan vaksin. Saya menerima laporan sekitar 150 guru tidak mahu divaksin dan angka itu sangat tinggi” ujar beliau.

Menurut beliau, kepada guru di Sibu yang telah menerima vaksin diminta untuk menasihatkan guru-guru lain di daerah itu yang belum menerima vaksin untuk segera berbuat demikian.

Tak lama lagi, guru ini akan berhadapan dengan murid-murid apabila sekolah dibuka nanti dan ini akan mendatangkan risiko kepada golongan murid-murid tersebut, kata beliau pada hari Sabtu lalu.

Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19
Gambar sebagai hiasan

Separuh daripada 3,800 penjawat awam di Sibu telah divaksin

Tambah beliau lagi, setakat Sabtu bersamaan 19 Jun 2021, separuh daripada 3,800 penjawat awam terdiri daripada guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sibu telah divaksin.

“Hampir separuh daripada 3,800 pekerja di jabatan kerajaan di Sibu melibatkan guru dan anggota AKP sudah menerima suntikan vaksin COVID-19,” jelas beliau.

Dalam masa yang sama, kira-kira 35 peratus penduduk di Bahagian Sibu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Google Form Vaksin COVID-19 Edaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan Dihentikan Serta Merta
Next Article Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?