• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
6 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Daripada Nasi Lemak Ikonik Hingga Hidangan Warisan Tempatan, GrabFood 5-Star Eats Membantu Anda Meneroka Restoran Pilihan Jutaan Rakyat Malaysia

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, makanan terus menjadi antara tarikan terbesar yang membawa pelancong ke Malaysia. Namun di sebalik lambakan pilihan yang ada, mencari tempat makan yang benar-benar menjadi kegemaran warga tempatan kadangkala boleh menjadi cabaran.

Daripada restoran warisan hinggalah ke kedai makan yang menjadi kegemaran penduduk setempat, setiap negeri mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun dengan begitu banyak pilihan yang ada, mencari tempat makan yang benar-benar disukai oleh warga tempatan kadangkala boleh menjadi cabaran.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Bagi membantu pelancong dan rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih mudah, Grab tampil menyokong VMY2026 menerusi panduan GrabFood 5-Star Eats, sebuah panduan makanan digital yang dibina berdasarkan penilaian dan ulasan daripada jutaan pengguna Grab di seluruh negara. 

Kempen ini turut diperkenalkan dalam sebuah majlis tayangan media eksklusif yang berlangsung pada 19 Jun, termasuk pratonton episod ketiga siri Rakan Grab Jelajah Malaysia serta tayangan video kembara Malaysia terbaru oleh Sofyank.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Panduan Makanan Yang Dipilih Oleh Rakyat Malaysia Sendiri

Dengan sokongan Tourism Malaysia, GrabFood 5-Star Eats menampilkan restoran dan kedai makan yang menerima penilaian tinggi secara konsisten daripada pengguna harian Grab.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Panduan ini diwujudkan bagi membantu pelancong tempatan dan antarabangsa meneroka lokasi makanan yang benar-benar digemari rakyat Malaysia, sama ada untuk menikmati hidangan ikonik negara, mencari permata tersembunyi, atau mengunjungi restoran warisan yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah kulinari tempatan.

Melalui data yang dikumpulkan daripada jutaan ulasan dan rating pengguna di platform Grab, panduan ini menawarkan pengalaman penerokaan makanan yang lebih autentik, beraneka ragam dan benar-benar popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menyingkap Kisah Di Sebalik Makanan Malaysia

Tonton trailer Rakan Grab Jelajah Malaysia di sini: https://www.instagram.com/p/DZ4yMzJgqZt/

Bagi membawa pengalaman tersebut kepada lebih ramai orang, Grab turut bekerjasama dengan pencipta kandungan tempatan dan Rakan Grab terpilih menerusi kempen Rakan Grab Jelajah Malaysia.

Dihoskan oleh Shahril Hamdan dari KS Lagi, siri kembara tiga episod ini mengikuti perjalanan Rakan Grab terpilih dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam yang menjelajah Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah untuk mengenali budaya, komuniti dan makanan tempatan.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Antara restoran yang diketengahkan dalam siri ini termasuk:

  • Village Park Restaurant
  • Hameediyah Restaurant (Jalan Bukit Bintang)
  • Restoran Mat Binjai (Jalan Sultan Sulaiman)
  • Borenos Fried Chicken (Asia City)
  • A1 Chicken Rice (Lintas Plaza)

Setiap restoran ini mencerminkan keunikan landskap makanan Malaysia, daripada resipi warisan yang telah bertahan puluhan tahun hinggalah kepada hidangan tempatan yang menjadi kegemaran ramai.

Melalui siri ini, makanan bukan sekadar sesuatu yang dinikmati, tetapi juga menjadi medium untuk memahami budaya dan komuniti setempat.

Kreativiti Tempatan Mengangkat Keindahan Malaysia

Tonton video Sofyank di sini: https://www.instagram.com/reel/DZwy049PJqo/?igsh=MTVlNzhlOWpmZ3dyaQ== 

Turut melengkapkan kempen ini adalah sebuah filem travelogi hasil karya pencipta kandungan digital terkenal, Sofyank.

Menerusi penggunaan kesan visual CGI, video tersebut membawa penonton menjelajah pelbagai destinasi, budaya dan makanan di Malaysia melalui penceritaan visual yang kreatif dan menghiburkan.

Ia sekaligus menunjukkan bagaimana bakat tempatan boleh membantu memperkenalkan Malaysia kepada khalayak yang lebih luas.

Melengkapkan Barisan Hadapan Pelancongan Malaysia

Selain menghasilkan kandungan yang mempromosikan keunikan Malaysia, Grab turut menyokong VMY2026 melalui pembangunan komuniti Rakan Grab.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Rakan Grab yang terpilih telah mengikuti Kursus Mesra yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bagi membantu mereka memberikan pengalaman yang lebih mesra dan positif kepada pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Sebagai antara individu pertama yang berinteraksi dengan pelawat, mereka memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pelancongan yang lebih baik sekaligus membantu pelawat meneroka tempat baharu, budaya dan pengalaman kulinari yang pelbagai. 

Pengalaman Pelancong Kini Lebih Mudah dengan Visit Malaysia 2026 Travel Pass

Selain membantu pelancong menemui makanan tempatan yang popular, Grab turut menawarkan Visit Malaysia 2026 Travel Pass untuk pelawat antarabangsa.

GrabFood 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal

Melalui pas khas yang tersedia dalam aplikasi Grab, pelancong boleh menikmati pelbagai promosi dan penjimatan bagi perkhidmatan GrabCar serta GrabFood sepanjang tempoh lawatan mereka di Malaysia.

Inisiatif ini selari dengan usaha untuk menjadikan pengalaman melancong di Malaysia lebih mudah, selesa dan mampu milik

Terokai Malaysia Melalui Citarasa Warga Lokal

Kadangkala, tempat makan terbaik bukan yang paling viral, tetapi yang paling disukai oleh orang tempatan.

Itulah yang ditawarkan oleh GrabFood 5-Star Eats — daripada nasi lemak ikonik di Village Park Restaurant hingga hidangan warisan di Hameediyah Restaurant, semuanya dipilih berdasarkan jutaan rating dan ulasan pengguna Grab di seluruh negara.

Sama ada anda sedang merancang percutian atau mencari port makan baharu, buka aplikasi Grab dan terokai sendiri senarai GrabFood 5-Star Eats atau layari https://www.grab.com/my/campaign/grab5stareats/. Pelancong antarabangsa juga boleh mendapatkan Visit Malaysia 2026 Travel Pass untuk menikmati pelbagai promosi sepanjang perjalanan mereka di Malaysia.

#GrabBersamaMalaysia #VMY2026 #RakanGrabJelajahMalaysia

Baca juga:

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pullman Kuching Buka Semula Nu Er Hong, Restoran Cina Halal Premium Berinspirasikan Pantai China

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?