I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak

Oleh Husna Hazmi
Dikirim pada 22/12/21 2:48 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Jom cuba produk unik tempatan ini!

Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak. Tahukah anda di Kuching terdapat sebuah syarikat coklat tempatan iaitu Lazeez Enterprise! Lazeez Enterprise ini menghasilkan coklat unik diberi gelaran ‘Chelum Coklat’ dengan menggunakan koko dan juga bahan-bahan unik tempatan.

Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak
Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak. Kredit gambar: Borneo Digital
Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak
Kredit gambar: Borneo Digital

Idea kreatif bagi menghasilkan Chelum Coklat ini datang daripada Noor Asmah

Buat pengetahuan anda, chelum di dalam bahasa iban Sarawak bermaksud hitam! Idea kreatif bagi menghasilkan Chelum Coklat ini datang daripada Noor Asmah Mohammed Mokhtar di mana beliau sendiri merupakan peminat tegar coklat.

Pelbagai jenis coklat menarik dan unik dihasilkan di sini, tetapi yang paling istimewa bagi kami adalah 5 jenis coklat yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan iaitu Coklat Blackpepper, Coklat Tiong Delite, Coklat Tebaloi Crunch, Coklat Sagok Pearl dan juga Coklat Lazeez Spice.

Ya! anda tak salah dengar, kombinasi menarik dan unik coklat ini pasti akan membuat anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya rasanya? Secara asas, Coklat Blackpepper Chelum dihasil menggunakan campuran dark chocolate, bersama lada hitam terbaik dan istimewa dari Sarawak. Coklat Tiong Delite pula dihasil menggunakan campuran dark chocolate bersama terung asam yang sudah diproses menjadikan rasanya seperti kismis! Menarik bukan?

Coklat tebaloi crunch pula dihasil menggunakan campuran dark chocolate bersama snek popular orang Melanau iaitu tebaloi manakala sagok pearl pula merupakan gabungan antara sago dengan dark chocolate. Lazeez Spice Coklat pula merupakan campuran yang paling unik buat kami kerana ianya merupakan gabungan diantara herbs and spices seperti kunyit, kayu manis, cili, bawang putih dan banyak lagi bersama dark chocolate!

Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak
Kredit gambar: Borneo Digital
Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak
Kredit gambar: Borneo Digital

Pelbagai perisa coklat menarik yang lain

Selain daripada 4 jenis coklat tersebut, di sini juga terdapat pelbagai perisa coklat menarik yang lain seperti coklat Santubong, Sejinjang, Belidak, Utap, Rene, White Rajah, Rainforest dan Brooke. Nama coklat ini juga amatlah unik dan lain daripada yang lain kerana ianya berkait dengan sejarah dan lagenda yang amat terkenal di Sarawak.

Coklat yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang mampu milik! Kaedah pembungkusan coklat chelum ini adalah secara manual bagi mengekalkan kualiti coklat ini! Coklat chelum boleh bertahan selama tiga bulan kerana Lazeez Enterprise tidak menggunakan sebarang bahan pengawet di dalam coklat mereka.

Setakat ini, Chelum coklat hanya dijual secara fizikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Miri. Namun, anda juga boleh membuat tempahan jika anda ingin membeli coklat chelum dan bagi menjaga kualiti coklat ini, anda disarankan untuk membuat tempahan 2 hingga 3 hari lebih awal.

Untuk tempahan sila hubungi atau Whatsapp 019-8888808 atau anda boleh ke facebook Amanda Adriana Ahmad.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 22 Disember 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir
Next Article Hilang Sejak 21 Disember 2021, Keluarga Lelaki Ini Dari Sibu Merayu Bantuan Mencarinya Hilang Sejak 21 Disember 2021, Keluarga Lelaki Ini Dari Sibu Merayu Bantuan Mencarinya

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?