I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 22/12/21 11:33 AM
Kongsi
6 Min Bacaan
Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir
Kongsi

Dalam masa krisis, rakyat telah menunjukkan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja bersama-sama

Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir. Banjir tengkujuh yang memusnahkan bahagian Semenanjung Malaysia telah menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal malah ada yang terkorban. Walaupun musim tengkujuh adalah perkara biasa pada penghujung tahun, dilaporkan bahawa musim tengkujuh ini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada negara ini.

Despite the challenging past few days, kami telah menyaksikan ramai orang menghulurkan bantuan mereka untuk membantu mereka yang memerlukan. Berikut adalah 5 kisah yang menunjukkan bagaimana rakyat bersatu untuk membantu mereka yang terjejas dan membuktikan slogan ‘Rakyat Jaga Rakyat’ semasa #DaruratBanjir.

Ini 5 Kompilasi Kisah Rakyat Jaga Rakyat Semasa #DaruratBanjir. Kredit foto: Twitter

Gurudwara Sahib PJ membuka pintu untuk menderma makanan

Sebuah kuil Sikh (Gurudwara Sahib) di Petaling Jaya bertindak dengan menyediakan makanan percuma (langgar) untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir di Lembah Klang.

Kredit foto: Twitter

Gambar beberapa sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan agama dilihat memasak bersama di dalam dapur – semuanya bertudung / memakai head scarf kerana tetamu dikehendaki memakainya ketika berada dalam Gurudwara sebagai tanda hormat.

Kredit foto: Twitter

Walaupun berbeza bangsa dan agama, semua orang dilihat berkerjasama untuk memberikan makanan kepada mereka yang terjejas teruk akibat banjir. Bantuan diberi dalam bentuk tenaga manusia untuk memasak dan menyediakan makanan serta mengagihkan bantuan seperti keperluan asas kepada mereka yang terjejas.

Kredit foto: Twitter

Sanggup redah banjir guna Perodua Viva dari luar Selangor untuk menghulurkan bantuan

Seorang lelaki yang didakwa berasal dari luar Selangor mendapat perhatian netizen apabila dilihat sanggup meredah banjir dengan menggunakan kenderaan Perodua Viva semata-mata untuk menghulurkan bantuan.

Kredit foto: Twitter

Apa yang lebih menyentuhkan hati netizen adalah beliau siap lagi membawa bot dan telah dilihat pergi ke Puchong setelah selesai memberi bantuan di Shah Alam. Beliau juga dikatakan pergi ke kawasan Sri Muda setelah selesai di Puchong.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu turut menerima pujian dari rata-rata netizen atas keikhlasan dan kesanggupan beliau untuk membantu mereka yang terjejas. Nama beliau ialah Encik Azwan.

Abang ni tadi tumpangkan pakcik aku naik bot dia dekat Sri Muda. Pakcik aku (jalan kaki harung air paras pinggang) pergi hantar bantuan untuk abang dia yang sekarang ni masih terkandas disana. Terima kasih abang viva baju merah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻. https://t.co/gV702Oh8yJ pic.twitter.com/QjFfea5MHr

— Taufiq Najib (@taufiqnajib) December 20, 2021

Rakan penghantar Food Panda menyelamatkan kucing

Seorang rakan penghantar Food Panda menarik perhatian orang ramai dalam aplikasi TikTok apabila beliau memuat naik sebuah video di mana beliau menyelamatkan beberapa ekor kucing.

Video yang menarik tontonan sebanyak 2.3 juta itu telah mendapat pujian orang ramai atas tindakan penghantar rakan Food Panda tersebut. Anda boleh lihat video itu di bawah:

@nurrahieman93

Kita jaga kucing kita.. #fypdongggggggg #pecintakucing #kucingoren

♬ bunyi asal – Affan – Affan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak walaupun arahan belum diberi oleh pihak yang sepatutnya

Di pertengahan huru-hara yang berlaku, angkatan tentera Malaysia (ATM) tidak kelihatan pada mulanya. Ia kemudiannya didapati bahawa walaupun telah bersedia sejak awal, mereka tidak boleh memulakan bantuan jika tiada arahan diberi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kredit foto: Twitter

Meskipun tiada arahan dikeluarkan oleh NADMA, ATM akhirnya bertindak setelah Kementerian Pertahanan dan Panglima ATM mengarahkan mereka untuk bertindak serta merta, secukupnya melanggar arahan daripada NAMDA.

Menurut Free Malaysia Today, ATM fed up menunggu dan menentang arahan dengan mengerahkan diri mereka untuk membantu mangsa banjir. Berdasarkan pengakuan sumber, “kerajaan Selangor juga enggan melibatkan tentera” sehinggakan Kementerian Pertahanan memutuskan untuk melanggar arahan bagi mengerahkan ATM ke kawasan banjir akibat paras air semakin menaik.

Kredit foto: Twitter

Walaupun mereka seharusnya patuh kepada kerajaan, ATM menunjukkan bahawa mereka akan sentiasa berpihak kepada rakyat apabila situasi menjadi sukar dan mencabarkan dengan mengabaikan arahan dan membantu mereka yang memerlukan.

Sekumpulan nelayan membawa bot mereka untuk membantu mereka yang terkandas

Dalam satu lagi kisah rakyat jaga rakyat, sekumpulan nelayan dilihat turun sehingga ke Batu 3 Shah Alam dengan bot mereka untuk membantu mereka yang terkandas akibat air banjir yang semakin meningkat.

Kredit foto: Twitter

Kapal sampan mereka dilihat digunakan untuk mengangkut bekalan serta membawa orang ramai ke tempat yang selamat.

Kredit foto: Twitter

Menurut anak kepada salah seorang nelayan tersebut, bapa dan adiknya tidak berehat sejak mereka turun untuk membantu mangsa. Yang lebih menyedihkan, beliau menerima laporan daripada pasukan ayahnya bahawa mereka telah gagal menyelamatkan beberapa mangsa akibat sudah terlemas dalam rumah sendiri. Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang.

Rakyat Jaga Rakyat, slogan yang telah dibukti berkali-kali

Bencana alam sekitar ini telah membuatkan kita menyaksikan betapa cekap dan sejauh mana rakyat mampu pergi untuk membantu antara satu sama lain apabila masa seperti ini berlaku. Dengan kekecewaan yang besar, rakyat terpaksa bertindak sendiri untuk terus hidup.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan harta benda untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jasa baik anda akan dikenang selama-lamanya dan untuk itu, kami berterima kasih selama-lamanya. Semoga mereka yang terjejas teruk dapat mengharungi masa-masa sukar ini dengan tabah dan takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang.

Kredit foto: Berita Harian

Lagi di sini:

Kedung BK 22 Disember 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir
Next Article Guna Bahan Tempatan Untuk Menghasilkan Produk Unik, Kenali Chelum Coklat Idea Bernas Dari Anak Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Malaysia

Kes Lelaki Kelar Isteri Dan Bayi, Mentua Percaya Ada Unsur Gangguan Mistik

6 Julai 2022
Berita Malaysia

Tergamak Kelar Isteri Lepas Pantang Serta Bayi, Lelaki Larikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

4 Julai 2022
Berita Malaysia

Netizen Jijik Lihat Sekumpulan Lelaki Rilek Peluk Pelayan Wanita Berpakaian Ketat

4 Julai 2022
Ungguli Carta Filem Malaysia Serta No 1 Di Brunei, Filem Mat Kilau Dijangka Cantas Munafik 2
Berita Malaysia

Filem Mat Kilau ‘Pecah Panggung’ Malaysia Dan Brunei, Bakal Catat Rekod Filem Lokal Terlaris Malaysia

4 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?