• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Guna Dron Pantau Pesalah Trafik, Polis Terima Pujian Netizen

Oleh
ILB - AI
3 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Guna Dron Pantau Pesalah Trafik, Polis Terima Pujian Netizen

Masih degil nak jadi samseng di atas jalanraya?

Guna Dron Pantau Pesalah Trafik, Polis Terima Pujian Netizen. Isu pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dan membahayakan pengguna lain bukanlah satu isu yang baru di Malaysia.

Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai rakaman video yang dimuatnaik di media sosial mengenai pengguna jalanraya yang samseng, bahkan ada yang sengaja membuli pengguna lain dan tidak kurang juga mereka yang menggunakan lorong kecemasan atau lorong motosikal hanya untuk kepentingan mereka sendiri.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini menggunakan dron bagi merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu isyarat dalam Operasi Selamat ke-18 (Op Selamat 18).

Dalam satu rakaman yang dimuatnaik oleh PDRM Drone Unit, pihak polis telah membuat pemantauan di sebuah lebuh raya sempena Op Selamat 18 dan menahan beberapa buah kenderaan yang telah dikesan melakukan kesalahan ketika memandu.

Guna Dron Pantau Pesalah Trafik, Polis Terima Pujian Netizen
Rakaman kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan

Video berdurasi 3 minit 20 saat itu dimuatnaik pada hari Ahad yang lalu, dan merakam gelagat beberapa orang pengguna jalan raya yang ingkar dan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong.

Penggunaan dron untuk pemantauan dan juga tindakan pantas polis untuk menahan kenderaan pelaku kesalahan trafik tersebut mendapat pujian netizen yang menyokong penuh tindakan pihak polis.

Guna Dron Pantau Pesalah Trafik, Polis Terima Pujian Netizen

Unit Dron PDRM ini juga sebelum ini telah membantu dalam pencarian Adik Jayden yang hilang di Sepanggar, Sabah pada pertengahan Mei yang lalu.

Dron yang digunakan pada operasi itu diterbangkan dan turut memainkan lagu babyshark, beserta rakaman suara ibu jayden dalam usaha untuk mencari kanak kanak tersebut.

Adik Jayden akhirnya dijumpai oleh penduduk kampung pada operasi yang melibatkan Pihak Polis Diraja Malaysia beserta dengan penduduk kampung tersebut.

Dengan adanya unit dron PDRM, diharapkan agar orang awam lebih peka dengan keadaan sekeliling sebelum terdetik untuk melakukan jenayah, atau pun melanggar undang undang.

Apa pendapat anda semua dengan kewujudan unit dron ini? Jangan lupa tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Anda balik ke kampung atau bercuti panjang? Jangan lupa baca artikel di bawah :

SUMBER :Unit Dron PDRM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru Dapat Emel ‘Reschedule’ Jam 3 Pagi, Wanita Ini Berang Terlepas Penerbangan Ke Miri Yang Diawalkan Sehari Baru Dapat Emel Reschedule Jam 3 Pagi, Wanita Ini Berang Terlepas Penerbangan Ke Miri Yang Diawalkan Sehari
Next Article Remaja Berumur 15 Tahun Ditangkap Kes Dadah Di Bintulu Remaja Berumur 15 Tahun Ditangkap Kes Dadah Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?