Syurga Terbaru Untuk Para Pendaki Gunung
Gunung Kelambu Lang, Hidden Gems Yang Anda Mesti Tawan Di Kuching. Bagi anda yang sukakan cabaran, kami ada khabar gembira buat anda. Tahukah anda bahawa Kuching mempunyai sebuah lokasi baru yang sempurna untuk aktiviti mendaki?
Terletak di Kampung Sungai Bako, Kuching dan bersempadan dengan Taman Negara Bako, para penggemar aktiviti lasak bolehlah mencuba untuk menawan Gunung Kelambu Lang.
Menurut seorang pengguna Twitter, Aiza Harwani, gunung ini masih dianggap sebagai gunung hutan dara dan hanya mula dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak 7 Disember 2019.
Untuk ke sini, anda perlu menggunakan jalan menuju ke arah Demak Laut seterusnya ke Sejingkat dan Kampung Sungai Bako Jaya. Perjalanan ke tapak permulaan Gunung Kelambu Lang ini mengambil masa selama lebih kurang 30 minit dari Bandaraya Kuching.
Memandangkan kawasan ini dibawah seliaan komuniti Kampung Sungai Bako, kunjungan anda ke sini akan dikenakan bayaran untuk tempat letak kereta, bayaran masuk serta khidmat jurupandu gunung. Bukan itu sahaja, checkpoint pertama ini juga menyediakan kemudahan asas seperti tandas awam.
Bayaran masuk : RM 3
Bayaran jurupandu gunung : Seikhlas hati
3 Summit Dengan Pemandangan Memukau
Sepanjang pendakian, anda akan menemui 3 summit yang mempunyai pemandangan sekitar Bandaraya Kuching yang berlainan.
Summit yang pertama anda akan dihidangkan dengan pemandangan Bandaraya Kuching dan kampung sekitarnya. Di summit yang kedua pula, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Santubong manakala summit ketiga anda akan melihat pemandangan laut dan sekitar Pulau Lakei.
Khidmat jurupandu gunung adalah terdiri daripada orang kampung itu sendiri. Jadi, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan mereka kerana mereka lebih berpengalaman dan arif tentang selok belok gunung tersebut. Utamakan keselamatan.
Para pendaki gunung berpendapat bahawa trail ke puncak Gunung Kelambu Lang kini sudah bertambah baik berbanding keadaannya yang licin semasa mula-mula dibuka dahulu.
Walau pun gunung ini tidak begitu tinggi, namun ia tidak begitu sesuai untuk pendaki beginners kerana tahap kesukaran dari segi persekitaran dan halangan sepanjang laluan.
Cabaran utama :
1. Hutan yang masih tebal
2. Laluan yang tidak begitu berangin
3. Air pasang deras
Sesuai Dikunjungi Sewaktu Cuaca Panas
Selain itu, anda disarankan untuk mengunjungi tempat ini semasa cuaca panas dan redup. Ini kerana cuaca hujan akan mengakibatkan arus deras semasa melalui anak sungai. Ditambah pula terdapat bekas empangan lama di kaki gunung tersebut. Ia bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini semasa pendakian.
Kunjungan anda ke sini juga haruslah ditemani dengan bekalan air yang banyak bagi menghidratkan semula tubuh badan anda.
Nampak mencabar kan? Anda boleh rujuk peta Google ini pandu arah ke checkpoint pertama Gunung Kelambu Lang :