• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Pergaduhan Di Batu Kawa, Polis Sahkan Suspek Rupanya Pasangan Adik Beradik

Oleh
Aina Musa
23 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Video Pergaduhan Di Batu Kawa, Polis Sahkan Suspek Rupanya Pasangan Adik Beradik

Tular video pergaduhan di tempat letak kereta di Batu Kawa

Tular Video Pergaduhan Di Batu Kawa, Polis Sahkan Suspek Rupanya Pasangan Adik Beradik. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan melancarkan Ops Cantas untuk mengesan individu yang terlibat kes pergaduhan di Jalan Batu Kawa-Matang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu.

Tular Video Pergaduhan Di Batu Kawa, Polis Sahkan Suspek Rupanya Pasangan Adik Beradik

“IPD Padawan menerima satu laporan daripada seorang pengadu berumur 30-an yang menyatakan insiden tersebut merupakan pergaduhan antara adik-beradik yang disertai oleh rakan masing-masing.

“Kejadian berlaku di hadapan sebuah premis di Jalan Batu Kawa-Matang Kuching,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pengadu mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh semasa melarikan diri dan telah dirawat sebagai pesakit luar di sebuah pusat perubatan swasta.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh dan boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Satu operasi iaitu Ops Cantas telah dilancarkan untuk menangkap kesemua suspek yang terlibat, setakat ini beberapa suspek telah dikenal pasti,” katanya.

Difahamkan, video kejadian itu turut tular di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan dipandu laju dan seakan-akan insiden pergaduhan.

Baca lagi artikel menarik:

Tular Rakaman Bergaduh Di Tempat Letak Kereta Batu Kawa, Suspek Sudah Dikenal Pasti Polis
Tular Penyamun Helmet Kuning Ugut Dan Paksa Wanita Transfer Duit E-Wallet Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 8 Aktiviti Santai Dan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Serian 8 Aktiviti Santai Dan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Serian
Next Article Gunung Kelambu Lang, Hidden Gems Yang Anda Mesti Tawan Di Kuching Gunung Kelambu Lang, Hidden Gems Yang Anda Mesti Tawan Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?