• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
24 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak

Penempatan guru baharu permulaan yang baik

Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak. Penempatan 1,108 guru baharu di Sarawak merupakan satu permulaan yang baik, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata berdasarkan libat urus kementeriannya dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) dan Kementerian Pendidikan (KPM), Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak. Kredit: Google

“Oleh sebab itu, adalah penting semua pihak memastikan isu kekurangan guru ditangani secara holistik. Melalui Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), isu ini telah dibincangkan dengan jelas dan cadangan telah dikemukakan kepada KPM dan SPP.

“Antaranya termasuklah penugasan kuasa dalam pengambilan guru baharu daripada SPP kepada KPM. Kami berharap tindakan pantas akan dilakukan oleh pihak berkaitan untuk memastikan isu kekurangan guru di Sarawak tamat dan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, JPNS menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

Daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan (28 Dis).

Baca lagi artikel menarik:

Sarawak Masih Kekurangan Guru, 1500 Pendidik Diperlukan Lagi Di Bumi Kenyalang
Sarawak Sedia Pendidikan Universiti Percuma Bagi 25,000 Calon Pelajar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 15 Tahun Disambar Buaya Ketika Menjala Udang Di Samariang Aman
Next Article Pempengaruh Xiao Xiao Dobby Belum Meninggal, Hanya Akaun Disekat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?