• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pempengaruh Xiao Xiao Dobby Belum Meninggal, Hanya Akaun Disekat

Oleh
Farisha
24 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Dakwaan kematian Xiao Xiao Dobby rupanya tidak benar

Pempengaruh Xiao Xiao Dobby Belum Meninggal, Hanya Akaun Disekat. Baru-baru ini, satu hantaran video menjadi viral apabila ada dakwaan yang mengatakan bahawa seorang pempengaruh media sosial wanita di China yang menggunakan nama Xiao Xiao Dobby didakwa telah meninggal dunia.

Difahamkan, menurut sumber, ia berpunca daripada satu kiriman yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter dengan kapsyen yang seolah-olah menyatakan Xiao Xiao telah meninggal dunia.

Pempengaruh Xiao Xiao Dobby Belum Meninggal, Hanya Akaun Disekat
Pempengaruh Xiao Xiao Dobby Belum Meninggal, Hanya Akaun Disekat. Sumber: majoriti

“Xiao Xiao tolong jangan pergi kawan, siapa yang mula sebarkan berita ini,” tulisnya.

Untuk makluman, Xiao Xiao merupakan seorang wanita berusia 36 tahun yang menghidap penyakit mikrosefali iaitu gangguan perkembangan saraf yang menyebabkan saiz otak dan tengkorak mengecil.

Mempunyai penyakit mikrosefali

Selain itu, penyakit tersebut juga menyebabkan tubuh dan wajahnya bersaiz seperti kanak-kanak. Dia mula dikenali di seluruh platform media sosial selepas video-videonya viral di aplikasi TikTok bersama pempengaruh lain di negara itu.

Bukan itu sahaja, Xiao Xiao juga dikenali kerana sering muncul dengan watak yang menghiburkan dalam setiap video yang dihasilkannya.

Namun, berita mengejutkan tentang kematiannya itu sekaligus mendapat perhatian netizen yang tidak sanggup kehilangannya.

Agensi bantah Xiao Xiao Dobby meninggal dunia

Walaubagaimanapun, berita tersebut didakwa tidak benar dan Xiao Xiao dilaporkan masih hidup tetapi akaunnya telah disekat kerana didakwa mengandungi kandungan sensitif untuk tontonan kanak-kanak.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi, akaun pempengaruh itu turut disekat atas alasan terdapat kandungan penderaan kanak-kanak.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
‘Cetek Ilmu Pengetahuan Am’, Influencer Dikecam Tak Tahu Bendera Negeri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak Penempatan Guru Baharu Langkah Permulaan Positif Di Sarawak
Next Article Portal Rasmi Kerajaan Sabah Digodam, 109 Fail Sulit Dibocorkan Penggodam Portal Rasmi Kerajaan Sabah Digodam, 109 Fail Sulit Dibocorkan Penggodam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?