• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Pendidikan Khas Dari Sabah Ini Terpilih Antara Finalis Malaysia Teacher Prize 2024

Oleh
Nazihah AN
25 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Guru Pendidikan Khas Dari Sabah Ini Terpilih Antara Finalis Malaysia Teacher Prize 2024

Antara Finalis Malaysia Teacher Prize 2024 dari Sabah

Guru Pendidikan Khas Dari Sabah Ini Terpilih Antara Finalis Malaysia Teacher Prize 2024. Dr. Velerie Wheelervon Primus, seorang guru pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau, telah berjaya menjadi salah seorang daripada 10 finalis Malaysia Teacher Prize 2024.

Beliau terpilih daripada 2,209 penyertaan seluruh negara, menjadikannya finalis tunggal dari Sabah pada tahun ini. Malaysia Teacher Prize merupakan anugerah guru paling berprestij di Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 kepada pemenang.

Guru Pendidikan Khas Dari Sabah Ini Terpilih Antara Finalis Malaysia Teacher Prize 2024

Sumbangan Dr. Velerie kepada Murid Berkeperluan Khas

Anugerah ini dianjurkan oleh Pemimpin GSL dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Global Teacher Prize. Ia diperkenalkan pada tahun 2022 bagi menghargai sumbangan guru-guru di Malaysia. Pemenang bagi edisi 2024 akan diumumkan pada majlis yang dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober 2024 di Asia School of Business, Kuala Lumpur.

Dr. Velerie, yang juga penerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Berwibawa Kebangsaan dan Anugerah Perdana Belia Negeri Sabah 2024, telah memperkenalkan projek bilik multisensori di sekolahnya. Projek ini memberi manfaat besar kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), membantu mereka dalam mendapatkan terapi cara kerja secara konsisten. Dengan berpegang teguh pada prinsip “Keajaiban Boleh Terjadi” (Miracle Do Happen), Dr. Velerie telah berjaya melahirkan murid-murid pendidikan khas yang cemerlang, baik dalam bidang akademik mahupun pengurusan rutin harian.

Guru besar SK Bingkor, Sylvester Balang, menyatakan bahawa Dr. Velerie bukan sahaja berjaya menghasilkan murid yang cemerlang secara menyeluruh, tetapi juga menjadi contoh teladan kepada guru-guru lain di sekolah. Beliau turut memimpin guru-guru dalam bidang inovasi dan penyelidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan serta kejayaan murid secara menyeluruh.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Di Hutan Song, Anggota Tentera Terkorban Dalam Insiden Tembakan Misteri Di Kanowit
Next Article Pekerja Luah Geram Dakwa Privasi Terjejas Gara-Gara Individu Rakam Ikhwan Cafe Kuching Pekerja Luah Geram Dakwa Privasi Terjejas Gara-Gara Individu Rakam Ikhwan Cafe Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?