• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Oleh
Farisha
21 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Dr. Sirhajwan Idek raih anugerah ELTons Innovations Awards dengan projek Virtual, Remote, Live

Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024. Dr. Sirhajwan Idek, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah dinobatkan sebagai johan ELTons Innovations Awards kategori inovasi tempatan dengan projeknya yang bertajuk Virtual, Remote, Live (VRL).

Keputusan anugerah anjuran British Council itu telah diumumkan keputusannya di laman sesawang penganjur pada 20 November 2024. Projek yang dinamakan Virtual Remote Live (VRL) merupakan satu projek pengantarabangsaan yang dilaksanakan secara maya.

Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024
Guru Sabah Juara Anugerah Inovasi Bahasa Inggeris British Council 2024

Daripada berpuluh-puluh permohonan yang diterima dari 60 buah negara, empat projek berjaya tercalon sebagai finalis bagi kategori tersebut dan Dr. Sirhajwan akhirnya diumumkan sebagai pemenang dan dia menjadi warga Malaysia pertama yang memenangi anugerah ELTons daripada British Council.

Anugerah inovasi ELTons merupakan  anugerah paling berprestij di dunia bagi inovasi Bahasa Inggeris dalam bidang pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Ianya dianjurkan oleh British Council setiap tahun dan badan tersebut membuka penyertaan kepada seluruh dunia untuk lima kategori yang dipertandingkan. 

Projek inovasi Dr. Sirhajwan yang dikenali sebagai ‘Virtual, Remote, Live’ ataupun singkatannya VRL merupakan program yang membolehkan para pelajar dan guru untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru dari negara lain melalui beberapa aktiviti dalam talian iaitu kelas induk, pembentangan persidangan dan kelas pertukaran budaya.

Projek VRL: Inovasi Pendidikan Bahasa Inggeris yang Menembusi Sempadan Antarabangsa

Projek itu telah berjaya melibatkan lebih 2,000 pelajar serta guru dari Malaysia dan beberapa negara yang lain. Melalui sesi dalam talian yang telah dilaksanakan, mereka mempelajari pelbagai topik serta membentang hasil kerja mereka sambil mempraktikkan bahasa Inggeris.  Ramai pelajar yang berjaya mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada aktiviti-aktiviti program tersebut dan seterusnya memperkembangkan impak projek mereka masing-masing.

Dr. Sirhajwan berasa gembira dengan kemenangan projek tersebut kerana ianya bermakna VRL telah membawa perubahan yang positif kepada dunia pendidikan dan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Hjh. Bintek Hj. Abdul Rahman, yang merupakan bekas guru dan selalu memberi dia bimbingan dalam mendidik generasi masa hadapan.  Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada Dr. Sirhajwan kerana berjaya meneroka pelbagai peluang yang dapat menggilap bakat pelajar dan meningkatkan kemenjadian mereka.

Senarai pemenang bagi setiap kategori boleh diakses melalui laman sesawang penganjur: https://www.britishcouncil.org/english-assessment/eltons/festival-of-innovation?shpath=/eltons-winners-2024

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan pelajar-pelajar dari KV Keningau:

Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis
Penyanyi KV Keningau Ungguli Pertandingan Idol Peringkat Negeri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Maxim E-hailing Anjur Program Keselamatan Jalan Raya Di Sarawak
Next Article Isu Minyak Sarawak Dan Kerajaan Persekutuan Masih Dalam Pertikaian Berkait Undang-Undang Isu Minyak Sarawak Dan Kerajaan Persekutuan Masih Dalam Pertikaian Berkait Undang-Undang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?