• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Sekolah Di Padawan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar

Oleh
Farisha
14 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Guru ditahan polis berikutan aduan amang seksual pelajar

Guru Sekolah Di Padawan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar. Seorang guru lelaki yang juga warden asrama lelaki di sebuah sekolah di Daerah Padawan didakwa melakukan penderaan seksual fizikal ke atas pelajar.

Menurut laporan, Datuk Mancha Ata, Pesuruhjaya Polis Sarawak berkata, dua aduan polis telah diterima daripada dua penjaga mangsa pada 12 November, kira-kira jam 3.55 petang yang mendakwa mereka dicabul oleh guru tersebut.

Guru Sekolah Di Padawan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar
Guru Sekolah Di Padawan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar. Sumber: majoriti

Datuk Mancha Ata menjelaskan bahawa kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKTA 792).

Mangsa dipercayai dibawah jagaan dan pengawasan suspek

Beliau menambah, jika terbukti bersalah, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Suspek, yang berusia 40 tahun itu masih dalam proses siasatan.

Menurut Datuk Mancha Ata, memandangkan suspek adalah seorang guru, ia menunjukkan adanya hubungan amanah dengan mangsa. Dalam konteks ini, mangsa dipercayai berada di bawah jagaan dan pengawasan suspek.

Datuk Mancha Ata juga menyatakan Seksyen 16 Akta yang sama menetapkan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan.

Mangsa demam dan dibawa ke rumahnya serta dimandikan

Dalam laporan itu juga dinyatakan bahawa ketika mangsa sedang demam, suspek membawa mangsa ke rumahnya yang terletak di kawasan sekolah. Ketika berada di rumah suspek, mangsa didakwa telah disentuh secara seksual oleh suspek, termasuk ketika dimandikan dan berehat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
Tidak Masuk Kelas Untuk Mengajar Selama Setahun, Seorang Guru Sekolah Di Sabah Disaman Bekas Pelajar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Hijau Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Hijau
Next Article ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?