I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar

Oleh Husna Hazmi 24 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Guru tersebut berdepan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar. Dipetik daripada Utusan Borneo, Mahkamah Sesyen semalam telah memerintahkan seorang guru lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuching untuk membela diri atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki pada 2018. 

Isi Isi Penting
Guru tersebut berdepan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.Menetapkan tarikh 27 Jun hingga 1 Julai ini untuk tertuduh membela diriBerdepan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikalDijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Afidah Abdul Rahman setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh berusia 31 tahun itu. 

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar

Menetapkan tarikh 27 Jun hingga 1 Julai ini untuk tertuduh membela diri

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 27 Jun hingga 1 Julai ini untuk tertuduh membela diri dan sementara menunggu tarikh tersebut, mahkamah melanjutkan ikat jamin tertuduh.

Artikel Lain

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

Tertuduh sebelum ini diberikan ikat jamin bernilai RM10,000 dengan RM2,000 didepositkan berserta dua penjamin tempatan. 

Mahkamah sebelum ini juga menetapkan seorang penjamin harus beralamat tetap di Kuching dengan gaji tidak kurang daripada RM2,500, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar

Berdepan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal

Guru tersebut berdepan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar-pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 16 tahun dalam beberapa kejadian berasingan pada bulan Mac, April dan Mei tahun 2018. 

Perbuatan keji tersebut didakwa dilakukannya antara jam 11.30 malam dan 4 pagi di beberapa tempat di sekolah itu.

Tertuduh dikatakan menyentuh kemaluan kesemua mangsa, menyentuh paha serta memeluk salah seorang mangsa atas tujuan seksual.

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar

Dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun

Kesemua enam pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan. 

Kes yang telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff itu menyaksikan pihak pendakwaan memanggil sekitar 18 saksi termasuk mangsa, pegawai penyiasat dan lain-lain untuk memberikan keterangan dalam kes ini. 

Dalam masa yang sama, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Hani Iryani Bonny dijangka akan memanggil sekitar 10 orang saksi pembelaan untuk membela diri.

Lagi di sini cerita menarik di Borneo buat anda:

SUMBER : Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Event Menarik Bermula Pada Hari Ini, Jom Meriahkan Borneo Jazz 2022 Di Coco Cabana Miri! Lagi Event Menarik Bermula Pada Hari Ini, Jom Meriahkan Borneo Jazz 2022 Di Coco Cabana Miri!
Next Article Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?